DAH SENJA USIANYA TAPI....

Selasa, 17 Mei 2011

Apa istimewanya nyonya ni sampai menghiasi blok aku. Sebenarnya ni ler tailor suami dan anak selama aku tinggal disini. Kalau nak repair2 seluar ke apa memang kita orang antar kat dia.Usianya menghampiri 80, tapi penglihatannya masih terang .Aku tenguk dia masukkan benang kat jarum saje je. Aku ni pun terkial2.Kedainya hanyalah merupakan bangunan lama di pekan Sg Mati ni.Tiada aircond tiada apa yg istimewa, tapi pelanggan ramai.

                                   ukur betul-betul nanti sempit.....


Petang tadi suami dan anak g kedainya sebab nak tempah baju melayu.Tak mahal dia ambik upah rm60 je.. Lepas tu g cari kasut syafiq yang dah koyak.Baru pakai lima bulan dah rabak...

...

DAH MULA DAH.......

Ahad, 15 Mei 2011

Hari ni aku bertiga bercadang nak cari kain untuk buat baju melayu (puasa kan tak lama lagi)Al maklum lah semenjak dah tak kerja ni beli baju kurung time raya atau pun kalau ada kerja kawin je.Distinasi Astana Moda.


cam sama je n kain2 yg kat Tangkak
pilih bang nak warna apa
dia ni kalau bab membeli belah memang cam boring je
Aku beli dua pasang je, anak dan suami sorang sepasang.Pastu singgah kejap kat butik Ariani.Harga bolih tahan ye.Sambar sehelai tudung je..kebetulan masa nak bayar kt kaunter ada seorang kakak yg baik hati suruh gunakan kad ahli dia.jadi dapat ler diskaun 10%.Tapi tetap mahal jugak.

Dah selesai semua menuju ke rumah kakak ipar di sg udang.Sesaja jalan2.Sampai2 terus mkn tengahari.Tak lama kat rumah dia syafiq ajak balik.

di rumah kakak ipar
Anak2 dan cucu2 dia kebetulan ada datang. Meriah rumah tu.Dah keluar dari rumah tu tak terus balik.Ke JJ.Tu tujuan syafiq ajak balik.Dah kebetulan g JJ cari t shirt anak n suami.

last2 bukan beli jenama ni pun
Dan acara wajib kalau dah penat makannnnnnnnnnnn.Tapi aku cuma makan tom yam n abc je sebab perut kenyang lagi.

KUNJUNGAN KALI KEDUA...

Sabtu, 14 Mei 2011

Siang tadi g jalan2 rumah kawan aku ni.Apa-apa hal pun kita bagi penghormatan kat tuan tanah ni tuk menghiasi blok aku. Ini kerana sesampainya aku kat rumah dia ,dia tunjukkan buah mangga yang suami dia tanam.Besar betul buah dia dlm 2 kilo aku rasa.Tapi sayang ia cuma berbuah sebiji saja.

Hari tu aku g rumah dia ni, belum ada perabot2 didalamnya.Kali ni datang dah complete semuanya..Kita tenguk macam mana dia menghias rumah dia ni....

cantik gubahan bunga tu
kalau aku dpt kerusi ni tak payah tidur kat katil.selesa sangat2
                      last sekali layan kek......
 Dari pandangan mata aku rumah ni memang cantik n selesa.Tidak semak dengan tiada apa2 yg ditampal kat dinding.Tahniah Pn Zaini.

KURANG SESUAI KE...

Khamis, 12 Mei 2011

Dia mintak cerminmata spare sebab yg satu dah pecah. Sessi pemilihan bingkai dah le lama.Ni tak cantik tu tak sesuai ler. Jenuh gak aku menunggu. Kalau aku g kedai tudung pun paling2 dah dapat pilih dua helai.Last2 amoi tu yang pilihkan dia nak pulak. Ha semalam pergi ambik cerminmata tu bila dia cuba pakai cam ada kekerutan didahinya. Aku tau naluri hati dia mesti cakap tak cantik. (dlm hati aku kata pun cam cermin mata cikgu Bedah kat cerita adik manja je ).Tapi nak sedapkan hati dia aku dan hubby kata ok ler tu ......Pagi ni dia tak nak pakai g sekolah. Untuk duduk rumah katanya.

                          yang lama.......
                  yang baru...ok kan kawan2                           

KASIHNYA IBU

Rabu, 11 Mei 2011

Kasih seorang ibu. Walaupun ia binatang dia tetap menyayangi anaknya.Tenguk tu dia tak akan berganjak dari kotak tempat anak dia tinggal. Sanggup dia tidur depan kotak tu.Bila anak dia mengiau-ngiau dia akan masuk sama ke dalam kotak tersebut. Nanti aku akan belikan sangkar yg besar biar bolih masuk dgn ibu2 dia sekali.Aku dah cuba bebaskan dia n anak2 dia kat luar biar dia hidup sendiri, tapi dia balik jugak ke rumah.Dah dua tahun aku menanggung makan n minumnya tu yang dia tak reti nak cari makanan sendiri.........

GOSOK JGN TAK GOSOK

Sabtu, 7 Mei 2011

Hari Sabtu...

Seperti biasa selepas hantar anak ke sekolah khas, singgah warong beli sarapan. Sarapan untuk aku sorang je. Suami kerja.Untuk anak aku belikan makanan untuk dia makan balik sekolah nanti. Aku kalau balik rumah kedua ni ajenda masak memasak memang tak de dalam senarai. Masak air ada ler.Lepas basuh baju sikit, kemas2 lebih kurang, apa aku nak buat ye.Oh..teringat sesuatu....   

                                                               ?

                                                               ?

                                                               ?

                                                               ?   

                     amoi kasi kuat2 sikit gosok tu


G kedai potong rambut n cuci sekali.Sedap pulak ngantokk2 orang main rambut kita. Kat pekan kecik ni potong n cuci baru rm12. kalau KL tak dpt ni......                   
                                                                                                                   '

SINGGAH MAKAN

Jumaat, 6 Mei 2011

Selamat tengahhari semua,

Menu apa hari ni. Hari ni aku makan tengahari kat Restaurant kari kepala ikan Hj. Isnin dekat Semabok. Dah kebetulan lalu kat sini dan perut pun tengah lapar singgah je...Kedai makan ni memang terkenal dengan kari kepala ikannya.Sebab itu menu utama.Dulu cara hidangannya apabila kita duduk aje kat meja dia akan hantar satu dulang yg mengandungi bermacam2 lauk.Mana yang kita berkenan kita keluarkan piring tu dari dulang. Pastu dia org angkat balik dulang tu.Dan tanpa kita order dia akan hantar semangkok kari kepala ikan.

Hari ni aku datang, dia org tak buat style camtu lagi.Apa lauk yg kita pilih baru dia orang isi dalam piring. Dan kita bolih pilih sendiri kari kepala ikan mana yg kita hendak.Dia org dah siap2 isi dlm mangkok.Nak yg besar ke kecik suka hati..Tenguk ler apa yg aku berdua makan.

ni ler kedai makan dia
rojak..kuah dia sedap
sambal belacan, cencalok n ulam
 sotong goreng tepung
                                         dan ini dia menu wajib...kari kepala ikan.Ikan jenahak

Sebenarnya kari ikan bukan pebret aku sgt pun.Tapi dh suami nak makan layan je ler.Sedap pulak bila aku jamah kari tu.

APA YG AKU SUKA

Khamis, 5 Mei 2011

Apa yang aku suka ye..? Sebenarnya banyak benda yang aku suka. Cuma kat sini aku anak cakap apa yang aku suka kalau bukak blok seseorang. Pertamanya n3 tu mesti ada gambar.Tak kira lah gambar peti ais macam kat atas tu ke dsb

N3 yang ditulis berkisar tentang menu2 masakkan, jalan-jalan makan angin, kisah keluarga, jalan-jalan cari makan, kisah kampung halaman, rumah kediaman, persiapan menyambut puasa/ hari raya, membeli belah dan lain2. Maksudnya bukan lah kisah2 artis, kes2 liwat yg tak berkesudahan dan cerita2 yang kita bolih baca sendiri di akhbar2. Ada orang bosan bila asyik2 baca cerita pasal masak............tapi aku suka. 


Untuk  blogger MS , aku paling suka kalau dia buat cerita pasal PS.
Kak Kay...menghias rumah
Mummy Gee....masakkan
Mama Miraki....shopping2
Wong Khoo Lai...susah nk ckp kejap tenggelam timbul

BETUL KE TALANG

Rabu, 4 Mei 2011

selamat pagi semua.....

Semalam aku g kedai runcit terpandang ikan2 masin yang tergantung2.Macam2 ikan masin yg ada kat situ.salah satu yang menarik minat aku ialah ikan talang. Eh..kenapa kecik.Seingat aku dulu pernah beli kat Pangkor ikan talang ni besar. Puas ku belek2 betul ke ikan talang ni. Ye ler agaknya .dia ada tulis talang padi sebab tu saisnya kecik.Kalau dia tulis talang gajah mungkin saisnya besar.


ni le rupa ikan talang yg aku beli
ha.tertulis talang padi
                                          nenas pun dah siap

Jadi tengahari ni nak masak lemak ler dengan nenas.........mesti sedap ni.Masak pedas2 n santan kasi pekat2.Apa2 hal pun kalau ianya bukan talang janji halal sudah ler..

RONDA_RONDA DI HARI BURUH

Ahad, 1 Mei 2011

1 Mei hari cuti. Ke mana kalian.Aku tak ke mana-mana, tapi demi memenuhi tuntutan anakku yang nak main games bergerak ler aku selepas zohor ke Melaka.Distinasi Maideen kat MITC tu.Sampai sana apa-apa hal pun layan perut dulu.... 
chicken chop untuk syafiq dan suami 
chicken wing fried rice untuk aku
Jangan tak percaya selepas dia menghabiskan chicken chop dia order nasi macam aku punya pulak.Licin jugak. Kus semangat selera dia memang tiada tandingannya.

Memang menjadi kebiasaan dia kalau makan kat luar tentu order dua jenis.Nak buat macam mana...dah puas aku ckp nanti obesiti tapi perut dia tak kenyang lagi dia cakap. Ha.. pas kenyang makan baru de kekuatan nak main games.




Dah puas main , alang2 dh sampai sini beli ler sikit barang keperluan dapur.Tak banyak barang yg aku beli sebab dh shopping kat Muo.




Abang tolak troli tu elok2 jangan pandang awek2 kat kiri kanan tu...Walaupun tak banyak barang yg dibeli tapi disebabkan nilai wang yang kecik 2** melayang gak.Dah masuk dalam kereta dan dh keluar dari kawasan parking nak tau apa yg berlaku.Barang kepunyaan aku tertinggal kat tempat simpan barang.La..suami malas nk masuk parking semula .Kalau ler barang yg tertinggal tu shampoo rejoice yg berharga rm9.90 haram aku tak ambik.Maka dengan nada yg agak marah suami suruh aku dan anak g masuk balik.Jauh jugak nk jalan tu...




Ni ler barang yg tertinggal.Aku beli kat tingkat atas tadi ...jadi masa nk beli barang2 dapur guard suruh tinggal.Apa ye agak2 isi didalam.Barang tu tak de ler berjenama, cap ayam je.Tapi berharga rm 179.90. Pikir sendiri lah apa agaknya......

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung