GARA_GARA SIMONYET

Rabu, 29 Jun 2011

 Ye, gara-gara simonyet aku masak sayur betik pagi ni.Sebenarnya aku suka gak sayur betik ni, tapi kalau saja2 beli kat pasar buah betik muda untuk buat sayur tak de ler. Kalau orang bagi terpaksa lah aku masak.Blendkan cili kering+bawang putih+bawang merah+ udang kering atau ikan bilis.Bila masak nampak cantik ler warna merah.Ada orang masak tumis air atau pun masak lemak +tempe tapi aku lum pernah cuba.
nampak menyelerakan juga kan
Ni ler kisahnya punca aku masak sayur betik.Petang semalam 2 ekor monyet n kucingku tertonggok depan tangga dapur.Pelik pulak monyet tu tak serang kucing pulak. Aku yg terperanjat gila halau ler monyet2 derhaka tu.Rupa2nya lagi seekor tengah mengerjakan pokok betik aku.Abis dipatah2kan daun n buah dia di gugurkan.Kat kawasan rumah aku ni memang selalu monyet 3 ekor ni merayau-rayau.Selalu aku biarkan aje sebab dia tak menggangu,tapi ari ni dia dh menguji kesabaran aku pulak.Jadi sesiapa yg nak tenguk monyet ni tak payah ler susah payah g zoo kena bayar.Datang je rumah aku......

MENU KAMPUNG

Selasa, 28 Jun 2011

Selamat pagi semua. Apa menu tengahari ni. Biasa wat n3 tunjuk lauk2 yg dh siap dimasak.Kali ni persiapan lauk yg nak dimasak pulak.Kebetulan pagi2 dah siap siang2 benda2 ni.Tinggal masak je kejap lagi.Cadangan menu hari ni ye lah..malu ler nak cakap.Tapi dah suka benda ni beli jer. Sulur keladi tumis pedas2, ikan kurau masak lemak + nenas, ikan kucing goreng dan untuk anak............ni yang hari2 pening nak buatkan lauk apa untuk dia.Lauk yg kita orang makan dia tak makan.Kerap buatkan lauk telor goreng bubuh kicap je.Kesian anakku.Tapi badan tetap......naik.
sulur keladi beli kt PS 
nenas pun beli kat sana.4 biji rm3
ikan kurau.de 2 ekor lg ni tak abis2
ikan kucing
?

?

?

?

?
Dan untuk lauk anakku adalah tumis udang kering. Pelik kan biasa orang udang kering wat perencah je, ni wat lauk pulak.Nasib baik ler stok udang kering dr Pangkor banyak lagi.
 
                                              cantik2 n besar udang kering ni....dr Sabah puna dah licin

LAYAK KE AKU

Isnin, 27 Jun 2011

Siapa ler aku kalau nak dibandingkan n yang lain-lain tu. 2 minggu lepas ketua yasin (ustazah) nak cari ler pengganti dia kot2 kalau kebetulan dia tak dpt menghadirkan diri dlm majlis yasin. Jadi sekurang2nya ada ler bidan terjun tuk bawak yasin n tahlil. La..dia sebut nama aku diikuti dgn sokongan ahli2 lain.Aku tak nak..tak layak rasanya aku nak mengetuai kumpulan yasin tu.Rasanya ramai lagi yg lebih baik dr aku....nape nama aku disebut lagi.

Aku tak nak perstiwa mesyuarat yasin th berulang balik. Gara2 ustazah suruh aku baca doa yasin ada segelintir yg berkecik hati.Pastu kumpulan yasin sedikit porak peranda.Hingga saat ni ada yg  tak ikut yasin terus. Aku pun mogok sekejap menyepikan diri dr g yasin. Alasan berpindah rumah....Ni aku dah rajin ikut balik dia calon nama aku lagi. Hi..tak payah ler lantik aku.....ramai lg yg berkebolihan.Baca yasin tuk diri sendiri bolih lah.Ni kang aku bawah tahlil tak sampai ke tidak bacaan aku kat arwah.....

FIXIE TU.....

Khamis, 23 Jun 2011

 Hari ni seawal 7.30 am dah sampai pasar Muo.Best g pasar pagi2 tak panas.Kalau g pasar Muo ni biasanya aku beli untuk stok seminggu.Jadi banyak pilihan.Kalau masa darurat beli sayur2 kat kedai runcit je.Dah siap urusan di pasar terpikir pulak dah janji n si Syafiq nak belikan basikal FIXIE.Tengah popular basikal ni.Cuba ler pusing kat kedai basikal kot2 dh bukak sebab pagi lagi.Ah memang dh tersurat duit ku nak terbang. Dah bukak kedai tu.....
kat situ ada 3 warna. aku berkenan yg merah
bila kata jadi je tokeh kedai betul2kan sikit apa yg patut
                                       dah samapi rumah fixie ni.

Aku sengaja letakkan basikal ni depan tangga.Wat suprise bila dia balik sekolah nanti.Dia tak tahu aku nak belikan hari ni.Melayang rm sebelah tangan.Kesian pulak dia teringin tenguk budak2 pakai.Kalau tak mintak mak bapak nak mintak sape lagi.FIXIE ni tak de brek tau.Guna brek kaki je...Tapi cina kedai ni bubuh brek.sendiri. OK ANAKKU... ni kira hadiah ler sebab dpt no 1 pereksa setengah tahun walaupun cuma dpt 4a je....

KASIHANILAH AKU IBU...

Rabu, 22 Jun 2011

Dua tiga hari aku tenguk kucing aku ni dah tak bagi anak dia menyusu.Orang kata puncanya samada nak bercerai susu ataupun ibu dia bunting lagi.Kesian aku  mengiau2 kucing tu kehausan gaknya.Bila ibu dia tengah tidur terhendap2 dia mendapatkan ibu dia.Tapi bila ibu dia tersedar cepat2 ditendang anak-anaknya.Yg seekor ni muka dia sebiji muka ibu dia.Yg lagi dua ekor hitam legam bulu dia.

ni ler ibu dia siJANET
tenguk sebiji rupa ibu dia
bawak diri dua beradik ni bila ibu dia tak hiraukannya
                        takut dua beradik tu ....tak berani nak dekat ibu dia

KENAPE MESTI ADA BENDA2 NI...

Selasa, 21 Jun 2011

 N3 kali ni bukan ler nak membuka pekung di dada.Tapi ini memang situasi sebenar di rumahku.Aku pun tak tahu kenapa setiap ada ruang mesti ada benda yg aku letak.Tapi kalau aku tak simpan di sini lokasi mana lagi yang paling sesuai.Moga paparan ini tidak menjadi ikutan kepada kalian semua, ataupun ada idea yg bagus untuk dikongsi bersama.
tenguk..cadar n toto
bilik anakku..reket, kotak PS2 n tah apa2 lagi
tmpt simpan majalah pun dh cam kapal karam 2 biji helmet lg
penyembur nyamuk pun letaknya kat sini ke...
turut menjadi mangsa atas petiais
                  kalau ler atas kabinet ni aku sampai mau2 periuk pun duduknya kat atas..

SARAPAN PAGI

Ahad, 19 Jun 2011

Hajat hati nak g pasar tani bangun awal2 pagi tapi apakan daya hujan tak berhenti sampai kul 10.Dah puas sambung tidur bila celik mata perut memangil2 utk diisi. So, apa nak makan.Ingatkan tadi kalau g pasar tani macam2 makanan leh beli. Bagi cadangan kat suami keluar sarapan je ler..
mee rebus utk hubby
spt biasa nasi goreng kg tuk syafiq
                                                            hidangan sampingan sate tuk aku

Nasib baik soto yang aku order tu dia terlupa buat.Kalau tak membazir je sebab dah kekenyangan balun sate.Tak banyak cucuk yg aku makan, cuma bila dah terasa loya berhenti makan..        

SETAHUN TAK MAKAN.ZALIMNYA AKU

Isnin, 13 Jun 2011



Pagi tadi blk kg kejap sebab nak ambik duit sawit. Sambil tu g beli baja sekali. Kesian pokok-pokok sawitku dah setahun tak makan.Hasil dia kita ambik tiap2 bulan tapi makanan dia kita tak bagi.Biasanya aku baja tiap2 awal tahun tapi ni dah terlewat sangat.Kalau cina punya kebun setahun mau 3x dibaja.Setelah berbincang2 n kedai peladang tu dah dia sanggup tuk anta baja hari ni jugak aku pun setuju .

 Sementara tunggu lori datang sempat petik jambu yg kat depan surau tu.Dah masak2 tapi tinggi.Bila jolok masuk dalam parit.Tapi dapat gak dlm 3 kilo.Manissssssssssssssssss
Lori lum datang hujan turun selebat2nya.Tenguk halaman rumah kita dah bertakong air.Bila berkesempatan nak tambak tanah merah ni.Kalau camni suasana bila raya nanti mau tak ckp tempat nk parking kereta.

Aku tipun banyak kali akhirnya lori datang.Dia cakap hujan kak camne nak turunkan baja ni.Aku ckp dh tak de masa kena turunkan gak baja tu.Kita orang nak balik.
Kesian dia org terpaksa buat gak dalam hujan2.
 Dah siap susun aku selubungkan dengan tikar mama miraki yg tertinggal.HAHAHA.Pastu tindih n kerusi bio tak terbang tikar tu.

Settle semuanya meredah balik ke Muo dalam hujan lebat. 12.45 pm dah.Walau selaju mana pandu rasanya tak sempat nak ambik anak balik sekolah.Tu tak jadi masaalh sangat, tapi rumah berkunci.Betul tekaaan ku dia dah sampai rumah dan duduk kat tangga dapur sebab tak leh masuk.Aku ingat urusanku sekejap dan balik cepat, tu yg aku kunci pintu.JANGAN MARAH ANAKKU....

JOM_JOM TENGUK

Sabtu, 11 Jun 2011

Tak ada apa buat petang tadi jalan-jalan kat Sg. Rambai tenguk karnival ni.Sg Rambai ni pun bukannya jauh sangat . Pergi naik motor je sebab syafiq kurang berminat tenguk benda2 camni.Tenguk tajuk macam best "ANTARABANGSA".Bila sampai sana seorang omputih pun tak ada.Orang bukan main ramai.Benda free kan.Tak dapat tenguk LIMA tenguk kapal kecik2 jadi ler.



 berkenan ke bang....

HALAMAN HIJAU

Isnin, 6 Jun 2011

Kalau kak kay ada mini kebun di belakang rumah, apa kurangnya di belakang rumahku kan. Kebetulan tadi kakakku puan FO singgah kat rumah kejap sebab nak ambik pucuk ubi.Jadi sempat ler aku ambik-ambik gambar sekali. Banyak tanaman kat belakang rumah ni.Layan ye..
 
geram puan FO tenguk pucuk ubiku
ada dua pokok betik yg sedang berbuah
limau kasturi ada lapan pokok.sedang berbuah lebat tu... 
 limau purut, tapi belum berbuah
pokok mangga sedang membesar
serai ada beberapa rumpun.tak abis makan wa cakap lu
pokok pandan kalau2 nak masak sirap ke apa 
cili api sedang berbunga.ni ada lima pokok kesemuanya
kelapa gading dari kg
                                                               kelapa pandan pemberian orang

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung