MARI TUKAR BAJU

Selasa, 23 Ogos 2011

Raya dah tinggal beberapa hari lagi. Mari kita tukarkan baju sofa ni.Dia pun nak baju baru jugak. Sebenarnya aku sayang lagi sarung sofa ni. Tapi gara-gara cakaran 3 ekor kucing memaksa aku menukarnya. Sebelum puasa lagi aku dah tempah sarung ni...nak beli siap tak ada.
sebelum salin baju
 xtvt menukar sarung sofa memang membosankan sama seperti melipat kain. Teringat kalau kat kg agak2 malas sarung yg lama tak payah bukak, lapiskan je dengan sarung baru. Aku pilih warna cokelat2 jugak bio tak lari tajuk. 

bantuan dari hubby meringankan sikit kerjaku
                                   tu dia dah pakai baju baru.....

Ko orang semua dah siap berkemas ke..ye ler tukar langsir, tukar karpet ke apa...Harap2 bila aku balek kampung jangan ler ko tidur dan cakar2 sofaku ini ye kucing.

DAH BELI AIR ?

Isnin, 22 Ogos 2011

Dah beli air untuk hidangan tetamu nanti.....?Untuk tahun ni aku beli FN dua dozen cukup ler. Tu pun kalau ada orang datang. Kalau tak sendiri beli sendiri minum. hahaha.....

KE KLINIK AKU

Isnin, 15 Ogos 2011

Aku dah tak sanggup menahan kegatalan yang aku alami ni, memaksa aku ke klinik gak hari ni. Malasnya nak ke klinik bukan apa..doktor cuma pegang2 n gosok2 sikit dah bagi ubat.Aku ke klinik yg biasa aku pergi. Doktor yang sama juga merawat aku.Dia cakap benda yang sama.Aku alahan pada alam sekitar.Maksudnya kalau cuaca terlalu panas aku akan mengalami kegatalan. Habis aku ni sesuai tinggal di kutub mana.Kat Korea ok kot.....
wajah nak ke klinik
aku ke sini
Lepas ambik ubat tenguk cuaca kat luar mmng panas terik.Nak ke mana ye...Macam tak ada keperluan yang nak dibeli. Pusing2 kat pekan ni ternampak pulak pasaraya "SAKAN" sebagaimana yg pernah blogger MS tulis dalam n3 nya.Wah kat Bukit Gambir pun dah ada cawangannya. Rasa malas nak masuk sebab cam kedai2 biasa je. Tapi hubby ajak tenguk.Ikut aje lah.
sama cam katPS
t shirt2 biasa je 
dah terlanjur sambar gak baju kelawar
Hubby saje-saje tenguk seluar.Tapi tak de fitting room pulak.Ala tak payah ler bang lain kali g tempat lain je. Yang sebenarnya aku dah letih dan badanku gatal2. Tak de mood nak cuci2 mata.Tekak pun......................................?

LAWAK BODOH

Ahad, 7 Ogos 2011

Ya ampun, aku buat sesuatu lagi untuk mengenakan hubby. Pagi tadi aku solat subuh dulu. Time aku takhiyat baru hubby solat. Bila aku habis salam kiri dan kanan tanpa berdoa aku golekkan badan aku cam orang pengsan. Hubby yg baru berdiri rekaat pertama terus berenti dan goyang2kan tubuhku.


Aku yang cam dah rasa bersalah, buka mata dan cakap "apa ni org nak tidur sekejap pun tak boleh"Agaknya hubby ingat aku betul2 pengsan atau apa.Tu yg dia  agak panic. Mintak ampun lagi sekali bang sebab pagi2 hari dah wat lawak bodoh.
 

CERITA DISEBALIK KERUSI

Jumaat, 5 Ogos 2011

Apa kena mengena dengan gambar kerusi di bawah tu.Kerusi ni mmng selesa untuk lepak-lepak sebab ala-ala kerusi malas bukan? Sebenarnya nak cerita ni..al kisahnya pagi tadi masa nak bangun sahur.Aku dah siap panas2kan lauk dan hidangkan kat atas meja. Kejutkan dia orang liat no nak bangun, terutama hubby sebab dia balek kerja dalam pukul 3.30 pagi. Jadi memang tengah sedap tidur.Bulan puasa aku anak beranak memang tidur kat luar je...jadi tak takut kalau nak bangun sahur.Kalau tidur kat bilik ....ehm, seram gak nak ke dapur sorang2.

Berbalik pada cerita kerusi tadi ye...apa idea aku nak kejutkan hubby.Dia ni tak dengar aku kejut ke buat2 tak dengar. Baru teringat walau senyenyak mana dia tidur, kalau dengar bunyi hp mesti dia sedar.HP memang kat sebelah dia tidur. Aku pun pakai telekung dan menyandar kat kerusi di atas tu.Lampu aku padamkan. Aku dail HP dia. Aku parking betul2 sebelah dia tidur. Masa dia nak raba hp tu dia tertoleh kat aku. Dia terperanjat dan aku pun terperanjat jugak sebab dia menjerit sikit.

Dia hanya mampu berkata "apalah ibu ni, bulan2 puasa wat camni"

Tapi mana ada hantu bulan-bulan puasa ni kan. Kalau kena kat aku, maunya aku tak menjerit. Ye ler bukak2 mata ada benda putih kat sebelah. Ampun bang, ibu tak buat lagi......gelihati sangat ni aku  

KAT RENGIT KE NI.....

Isnin, 1 Ogos 2011

Ke Rengit beli barang2 2nd.....? Ah, jauh sangatkan.Nanti dah jauh2 pergi tak ada beli apa buat penat aje.Jadi untuk yg tinggal kat area2 Muo ni datang je ke sini.Ada jualan barang2 2nd dari Singapore.Dekat je kat rumah aku.Selalu aku tenguk banyak kereta berhenti.Tak tau ler saja2 cuci mata atau pun nak beli.Aku berkesempatan pergi semalam.Dari tinjauan aku, tak ada pun barang yg aku berkenan.Lg satu harga dia pun agak mahal jugak.Mai kita tenguk antara barang yg ada
ni ler kedai dia.
dlm banyak2 ni aku agak berkenan, tapi 3 barang rm300.baik beli baru
keranda ke apa ni
koleksi bunga kangkung pun ada.tapi murah lg kat kedai apek
Dan sofa yang kat atas ni agak2 laku berapa kalau dijual. Baru setahun dipakai.RM4oo mau. Tapi maaf tak jual ye..sebab sofa aku. Huhuhu...............

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung