DAH DAPAT LOM....!

Rabu, 16 November 2011

 Minggu ni merupakan minggu paling sibuk bagi semua sekolah nampaknya, terutamanya pasal pengagihan duit rm100 tu.Banyak sekolah akan membuat pembayaran sehingga Jumaat ini. Hubby terlibat dua kali menjadi pengiring GB untuk ke bank ambik duit.Sekali tu sekolah rendah melibatkan pengeluaran 92k, dan hari ni sekolah menengah. GB tak bagitau pulak berapa banyak dia keluarkan.Sekolah anak aku pun hari ni dia bagi sambil ambik slip keputusan peperiksaan akhir tahun.

Ko orang semua bersyukur tak dengan pemberian wang sejumlah ini. Memang ler jumlah tu tak besar, tapi dah orang bagi terima saja ler. Tak kisah ler ko orang nak gunakan duit tu tu salam kerok ke sebab banyak undangan majlis2 perkawinan.Yang penting hujung tahun to up balik ler untuk beli keperluan persekolahan.....


PERIHAL UBI

Sabtu, 12 November 2011

Pagi tadi g pasar PS.Dari jauh aku ternampak longgokan ubi kayu.Bila aku mendekati kat longgokan ubi tu, aku amat pelik dan hairan.Ubi tu kecik2 tapi panjang-panjang.Besar dia ada ler sebesar belut. Aku tanya dia ubi apa ni ,kenapa cam akar ubi je.Penjual tu cakap "NI UBI 3 BULAN" empuk sangat-sangat katanya. Aku pun tergoda pilih le barang dua kilo.Saiz ni ler antara paling besar diantara yg besar.Kat gambar nampak besar, tapi hakikatnya kecik dan lom pernah aku tenguk orang jual ubi kecik2 cam ni.Kalau tak empuk siap ko...minggu depan aku balik lagi......Dalam firasat aku penanam ubi ni takut banjir kot, tu yg kecik2 lagi dia dah gali.
 
saiz ubu kecik2 tapi panjang
kerechek
Jalan-jalan lagi ternampak pulak benda ni.Mengingatkan aku ke zaman silam, dimana arwah mak selalu buat bila ubi yg direbus kurang empuk.Ni pun speses ubi gak.Dia kata datang dari Indon.Memang cantik rupanya putih melepak. Bila aku cium ada bau2 cam "TEWOL" sikit.Agaknya dia rendam ubi ni dulu kot.Dia jual sekilo rm14.Lepas goreng kena tabur garam katanya.
 
Teruskan perjalanan.....barang wajib yang pasti ku cari kalau ke PS.Apa lagi biji ranti.Ni pun de kisahnya...aku beli sekilo rm5. Bila aku tengah belek2 petai kt gerai lelaki tembam..seorang mak cik tanya kat penjual tu berapa harga biji ranti ni.Dia cakap rm8.Berdesing telinga aku mendengarnya sebab gerai tu jual rm 5.Bila lelaki tembam tu menoleh ke arah lain, cepat2 aku bisikan kat mak cik tu beli kat sana je murah.Siap aku tunjukan yg aku dah beli bio mak cik tu percaya.Aku bawak mak cik tu ke tempat yg aku beli. Ha padan muka budak tembam..hilang satu pelanggan. Sebab aku masih ingat ko pernah kenakan aku n kak kay pasal harga jambu madu kat pasar Pt Tengah.Hari ni aku balas walaupun dengan berlainan cara...










CORAT CORET AIDI ADHA

Ahad, 6 November 2011

 Salam Aidil Adha untuk semua.Seperti biasa dah nama pun raya, sedikit sebanyak buat ler juga persiapan untuk menyambutnya.Tak balik kampung raya rumah sendiri je.Petang Jumaat tu aku dah mula menganyam ketupat.Hari Sabtu baru aku isi dan rebus. Sambil  menunggu ketupat kopek2 ler bawang ke apa yang patut. Malam selepas magrib aku buat rendang ayam dan sambal kacang dulu.Kalau semua nak masak pagi tentu tak sempat.Pagi pukul baru aku masak lodeh n kari ayam.Rasanya lengkap ler menu pagi raya aku hari ni...


ULI_ULI AIDIL ADHA

Jumaat, 4 November 2011

Seluruh umat akan merayakan Hari Raya Aidil Adha pada hari Ahad ni.Ko orang semua ada acara uli-uli tepung tak...?Pagi ni aku berkesempatan nak uli-uli tepung beras, bukan uli-uli planta.Kalau tenguk pada pic di bawah ni tentu dapat meneka apa benda yang akan ku buatkan.
 
tepung beras, telor n rempah yg dah diblend

kacang tanah.dapat teka nak wat apa tak

Sebenarnya aku nak buat tempeyek .Kali ni aku nak wat tempeyek ala-ala tumpi.Tak mau buat bulat-bulat .Oh rupa2nya senang wat cara cam ni.Cepat dan langsung tak melekat.

lepas kirai kat keliling kuali dia jatuh sendiri
ni..hasilnya. cantikkan.kacang dia pun x banyak sangat
kejap je dah dapat satu tupperware
Last sekali bila dah siap ni ler hasil yang aku dapat, 2 balang satu tupperware.Banyak juga kan.Bolih ler wat layan-layan mulut sambil tenguk TV....Petang ni nak siri jelajah kot2 ada orang jual daun ketupat.Aku suka anyam ketupat..walaupun nak mudah beli ketupat segera je..OK SELAMAT HARI RAYA AIDI ADHA kepada semua terutama kepada kaum kerabatku.Nampaknya tak dapat berkumpul kita semua ye....

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung