BYE_BYE IBU

Jumaat, 1 Februari 2013


Petang ni Syafq ada PROGRAM TEKNIK BELAJAR SAINS untuk calon2 UPSR, dan pada hari yang sama juga dia kena menghadiri KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS.Entah macam mana cikgu buat program boleh bertembung. Jadi atas arahan cikgu kena hadir untuk kedua2nya sekali. Pendaftaran pukul 2.30pm..jadi selepas solat jumaat terus bersiap.Tapi apa nak dihairankan segala kelengkapan aku dah sediakan.Pagi tadi terkocoh2 cari baldi...sebab syafiq malu nak bawak baldi besar2.Dua tiga buah kedai aku jelajah nak cari baldi saiz camni.

Untuk acara penutup kem motivasi nanti ibu bapa dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.Rasa2 cam nak g jugak..tenguk anak naik ke pentas terima watikah perlantikan pengawas....tahun lepas x jemput mak bapak. x de bajet kot...apa2 pun moga anak aku maju jaya dalam segala bidang.

Kejadiam malam tadi

Rabu, 30 Januari 2013

Aku tersedar kejadian berlaku pukul 1.05am...tengah tido cam terdengar hujan yg sangat lebat.Aku bangun nak rapatkan tingkap.Tapi bila pandang keluar x de setitik pun air hujan.Pelik jugak.Tinjau2 rupa2nya air tangki SAJ melimpah ruah.Terlalu kuat agaknya tekanan air dia..sbb malam2 org tak guna air.Panic juga...tetiba2 teringat kejadian tangki air pecah di Jb satu masa dulu.Dari bilik aku leh dengar limpahan air tu..bayangkan ler betapa kuatnya.

Hubby terus tipon SAJ wat aduan.Aku ni yg ala2 Mak Jemah kepoh x puas hati tenguk dr rumah ajak hubby keluar.Ajaibnya jiran atas n sebelah rumah x dengar ke bunyi air ni.Langsung x terjaga dari lena.Kalau de bom meletup pun wat tak tau je kot... sebab beranggapan x meluakkan reta benda dia.

SAJ sampai x lama kemudian.Aku tenguk dari gate je
.sbb takut tangki pecah..(nak hidup bebeno).Alhamdulilah...limpahan air dpt diberhentikan......tp yg kelakonya dlm pukul 4am..jiran sebelah tipon hubby....dia ckp..encik..encik..de pencuri terhendap2 kat tangki air tu nampaknya.Dlm ngantok hubby jawab mane pulak pencuri..kan pekerja SAJ tengah repair tadi air tangki tu melimpah.Tak dengar ke bunyi air...Tapi kalau pun betul katakan tu pencuri..ko pun sama2 polis kan....keluar je ler rumah...tak kan ko nak suruh hubby aku keluar dulu kan.hihihihi

MASA MERUBAH SEGALA

Selasa, 29 Januari 2013

Dah lama aku tak jengah dan menulis dalam blok aku...kemas2 gerobok pagi tadi dan ternampak kartun doremon ni..aku teringat hobi anak aku mengumpul karton doremon dan pelbagai2 lagi.Masa dia kecik paling susah hati dia kalau sepupu2 dtg rumah dan mengacau koleksi dia...tp itu dulu....
 


Dan sekarang ni yg tengah menjadi kegilaan dia beli majalah Wisel ni.Majalah ni terbit setiap hari Rabu.Dia paling suka kalau g mana2 terjumpa kedai buku.Duit dia abis pun x apa ..


 Dan ini pulak koleksi novel aku.Zaman muda2 sgt suka beli n baca novel..tak pun pinjam dari sesiapa.Sekarang pun minat jugak baca..sesekali.Puncanya mata kurang nampak..terpaksa pakai cermin  mata......
Koleksi di atas adalah majalah2 spt Jelita, Perempuan, Wanita dll.Sangat suka beli terutama kalau de cerita artis2 yg aku minat.X silap aku masa perkawinan Datuk Siti n Datin Norjuma paling banyak aku beli majalah yg ada cerita tentang dia.Tapi itu pun dulu....Nak aku buang atau jual segala buku2 diatas cam sayang pulak..Masa merubah segala....semakin meningkat usia...impian dan minat kita pun ikut berubah......




EDISI KHAS RAYA 2012 BERSAMA KAUM KERABAT

Khamis, 23 Ogos 2012


Gambar-gambar kenangan yang sempat diabadikan untuk raya 2012. Tiada dalam gambar anak keempat Hj Omar iaitu Kamariah .Moga ikatan silaturahim kekal hingga bila-bila walaupun kedua orang tua telah tiada...................

BETAPA SUKARNRA UTK MENDAPATKANNYA.....

Sabtu, 28 Julai 2012

Nak cite pasal umbut ni.Bukan ke umbut kelapa ni makanan gajah..tp kenapa manusia sanggup bersusah payah untuk mendapatkan umbut tu.Sebabnya..ianya jarang ada dijual dipasar.Teruk jugak kerja ni,,nak kena tebang pokok kelapa dulu..nasib baik..pokok kelapa ni tumbang sendiri minggu lepas. Baru hari ni ada masa utk buat operasi.

gigih membuang pelepah2 dulu dgn parang yg kalau sembelih lembu tak sah ni (tumpul)
 
satu demi satu pelepah dibuang

Calang2 org malas nak buat benda ni semua.Tapi dah permintaan isteri tersayang...letih2 pun layan jugak ler. Wat slow2 bang bulan puasa kang haus pulak. Mau naik suhu dia kalau dengar aku cakap macan ni gaknya.Setelah berjurai2 peluh.......lenguh2 tangan..tekak yg agak kekeringan akhirnya

jeng...


 jeng...


jeng...


jeng....







HASILNYA......




  

Sebenarnay wat n3 ni saje nak bagi jeles kat MAMA MIRAKI....sebab aritu dia dapat  kari umbut + ayam dari Datin S.Ha kali sy dapat lagi banyak.kikiki

SUDAH NASIBMU BEGITU.......

Rabu, 11 April 2012


Jumaat malam sabtu 6hb April si Ketot ni dipindahkan dari rumahku ke lokasi yang aku sendiri pun tak pasti. Lebih baik aku cakap dipindahkan..kalau cakap DIBUANG macam zalim sangat. Hari ni dah masuk hari ke enam ler ia menjalani kehidupan sebagai kucing2 yang lain diluar sana.Mencari makan dan minum sendiri dengan nak menjaga dua ekor anaknya yg belum tau berjalan.Aku membelanya sejak ia dilahirkan sehingga dia punya nak sendiri.Ada tempat berlindung dari panas n hujan, tak perlu susah payah mencari makanan.Pagi ni hujan....emosiku sedikit tergugat bila teringatkannya...makan ke dia.Camne dengan dua ekor anaknya tu..terpaksa digonggong kesana sini mencari tempat berteduh.Kenapa mesti ketot yg terpilih untuk dipindahkan diantara kucing2ku yang lain. Zalimnya aku......Naluriku ingin sangat nak tau kat mana hubby letak kucing2ku.....tapi dia x nak bagi tau. Aku benar2 berharap agar ada lah insan2 yang berhati mulia mengambil dan membela kucingku tiga beranak tu.

PROJEK MEGA LAGI....

Rabu, 29 Februari 2012

Projek baik punya...bukan bantuan kerajaan utk rakyat sebab nak PRU .Ko orang jgn salah faham pulak ye.Yang sebetulnya setelah pembinaan rumah dapur siap lebih kurang tiga bulan yg lalu,kerja2 meratakan tanah x dpt dilaksanakan atas faktor ekonomi.Dan hari ni alhamdullilah salah seorang kerabatku telah bermurah hati menyumbangkan RM tuk kerja2 menambak tanah ni.So aku n hubby dipertanggungjawabkan bagi pemantauan kerja2 ni..
sebelum ditambak..nampak agak kurang kemas 
terpaksa mengunakan jentolak ni tuk meratakan tanah..12 lori ma
Lebih kurang pukul 12++ kerja-kerja meratakan tanah selesai. Setelah aku berdua berasa puas hati baru dia orang balik.Perh....12 lori ni kalau lah nak menggangkat dan meratakan mengunakan cangkul agak2 berapa lama leh siap ye.Tapi zaman dulu2 arwah abah kalau beli batu merah angkat sendiri je guna kereta sorong.Agaknya zaman dah berubah, dan kemudahan pun dah ada untuk apalah bersusah payah menyiksa dirikan. Apa hal pun terima kasih ler diucapkan kepada PN............. diatas sumbangan ini. Semoga dimurahkan rezeki. AMINNNNNNNNNN

Pegawai pemantau projek yg amat didikasi tak lain dan tak bukan ialah
<

<

<

<

<

<

sape lagi...daku ler
 


Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung