OPERASI BERSIH

Sabtu, 30 Julai 2011

Siang tadi aku buat operasi "bersih" kat rumah aku sendiri.Biasanya balik kejap2 cuma sapu sikit2 je.Ye ler duduk rumah orang entah esuk ke lusa kena keluar mana kita tau kan.Jadi elok rasanya rumah yang ada tu kita jaga.Ni ler hasilnya sepanjang aku berkerja kuat hari ni.....
porch kereta leh buat tido."cuci" ye bukan "mop" bak kata mummy Gee
pinjam tangga nyonya depan nak bersihkan kipas ni
ruang tamu yg ringkas tuk aku lepak
 bilik syafiq, cadar pun x de
kemas baju2, yg tak berkenan sedekah kat orang
Jom layan ke dapur.Dapur memang tak berasap jadi tak teruk sangat  mengemas. Cuma nak memastikan keadaan tersusun aje.
 dapur antik ni digunakan untuk masak air je
 
Macamana.....ok kan operasi aku seharian ni.Tapi apa yang sangat menyakitkan hati aku, tenguk ini budak kat bawah.Aku suruh basuh motor rupa2nya dia bantai tidur..Sabo je ler..

MIMPIKU MALAM TADI

Rabu, 27 Julai 2011

Aku bermimpi bunyi semboyan sangat kuat sekali menandakan peperangan dah bermula:

Rupa-rupanya yg ku katakan bunyi semboyan tu adalah alat yg dipasang di bumbung
dan akan berbunyi apabial angin kuat.

Sambungan mimpiku ialah bunyi bom dua kali yang sangat kuat dan dahsat


\Rupa-rupanya bunyi kuat itu adalah pintu bilikku yang tertutup akibat kuatnya angin dari luar 


Aku terjaga dari mimpi lebih kurang pukul3.45am.Bila ku tenguk di luar memang hujan lebat dengan angin bertiup kencang.Rupa2nya mimpiku  macam sama dengan situasi yg berlaku pagi tu. Hubby yg tidur lena panic seketika bila aku menjerit "bang, bangun bang, ada bunyi bom" Ya..semuanya mimpi rupanya.

LONTONG MUO

Jumaat, 22 Julai 2011

" Lontong Muo "...........ada ke ? Kalau mee bandung muo memang dah terkenal ler.Tidak ada kena mengena lah dengan tajuk di atas.Sesaja cakap je..Sebenarnya tetiba teringin nak makan lontong.Tenguk2 kat peti ais adalah stok bahan2 utk membuat lontong walaupun tak lengkap.Malam tadi lepas makan malam, aku terus rebus ketupat segera.Sambil tu goreng kacang tanah , blend lada.Dah siap bahan2 tu aku terus masak sambal kacang.Besuk pagi tinggal masak lodeh n rebus telor.

                                11/2 jam je aku rebus ketupat ni                            
                                                                                                  
sayur lodeh
Sayur lodeh aku cuma tempe, kacang panjang n tahu kering.Dah tu yang ada.Ala kalau makan lontong kat kedai kadang2 cuma soon n terung je.Ni kira ok ler.Janji kita buat dia sedap-sedap. 
sambal kacang ikut resepi Datin S.bubuh udang kering
                                 dah siap Jemput makan.air fresh oren ye pagi2 hari.cam omputih

AKSI_AKSI ANAK SIJANET

Khamis, 21 Julai 2011

Salam semua. Dah lama aku menjengah rumahku sebab ada masalah. Apa masaalah aku pun tak tahu.Tak boleh nak buat blok dan membuat komen2 kat blok kekawan. Sekadar mengikuti saje lah. Petang ni tak apa2 yg aku klik boleh pulak bukak. Bosan tau tak menaip ni.

N3 kali tak de lah apa cerita sangat. Cuma nak paparkan aksi-aksi kedua-dua anak si Janet ni.Aku sebenarnya tak adalah suka sangat dengan kucing ni. Tapi dah terbela si Janet dia beranak pulak.Mahu tak mahu terpaksalah aku jaga anak dia yang dua ekor ni.......Nak tidur pun memilih tempat hoi.Atas sofa n kerusi malasku.....

RONDA_RONDA CARI SARAPAN

Khamis, 7 Julai 2011

Ronda-ronda cari sarapan. Sebenarnya tak ada distinasi yang dah dirancang mana hendak sarapan pagi ini.Sesaja keluar n hubby lepas anta anak sekolah.Ternampak warung ini kat tepi jalan. Belum pernah makan kat sini.Nak cuba lah nasi lemak kukus.
warung tak seindah mana, tapi selesa
tu dia memang dia kukus

Aku tenguk lauk yang ada rendang kerang, rendang daging n sambal sotong kering.Daging aku tak suka, kerang aku tak makan, jadi aku pilih sambal sotong je, hubby ambik rendang kerang. Ok lah setakat nak mengalas perut di pagi2 hari ini.Sesiapa yg nak cuba sila mampir...

DAH HARGA PUN RM10

Selasa, 5 Julai 2011

 Anak ko orang ade tak jersey Malaysia ni....Ye lah ni kan tengah musim bola sepak.Di mana2 ramai budak-budak pakai jersey ni.Anak aku dah lama mengidamkannya.Tapi aku tenguk saiz dia comel-comel.Muat tu muat tapi confirm cam sarung nangka.Hari tu masa g Giant ternampak ler sebuah kedai mengantung jersey ni.Beria-ia si Syafiq mengajak masuk ke kedai tu.Belek-belek dapat ler saiz besar sikit. La..ingatkan mahal beno.Rm10 je.Bangga ler dia dapat memiliki jersey ni
samapi rumah terus gantung

Esuknya baru pakai sekali je dah koyak dalam 3 inci.Patut pun harganya rm10.Baju pasar malam.Dah koyak dia bisingkan aku pulak katanya tak nak beli yg ori kat kedai sukan. Ah tak de kuasa aku nak menjelajah kedai sukan.
tenguk tu koyak betul.tak tipu
 Mengenangkan dia baru pakai sekali terpaksa ler aku menjahit, Ni jarum baru beli tau.Sebekas rm1.Banyak saiz jarum tu, besar, kecik n sedang.Nak masukkan benang dalam jarum satu hal. Ko orang semua jangan beli t shirt murah2 cam aku tau.Bio orang kata "alah membeli menang memakai"

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung