CERITA DISEBALIK KERUSI

Jumaat, 5 Ogos 2011

Apa kena mengena dengan gambar kerusi di bawah tu.Kerusi ni mmng selesa untuk lepak-lepak sebab ala-ala kerusi malas bukan? Sebenarnya nak cerita ni..al kisahnya pagi tadi masa nak bangun sahur.Aku dah siap panas2kan lauk dan hidangkan kat atas meja. Kejutkan dia orang liat no nak bangun, terutama hubby sebab dia balek kerja dalam pukul 3.30 pagi. Jadi memang tengah sedap tidur.Bulan puasa aku anak beranak memang tidur kat luar je...jadi tak takut kalau nak bangun sahur.Kalau tidur kat bilik ....ehm, seram gak nak ke dapur sorang2.

Berbalik pada cerita kerusi tadi ye...apa idea aku nak kejutkan hubby.Dia ni tak dengar aku kejut ke buat2 tak dengar. Baru teringat walau senyenyak mana dia tidur, kalau dengar bunyi hp mesti dia sedar.HP memang kat sebelah dia tidur. Aku pun pakai telekung dan menyandar kat kerusi di atas tu.Lampu aku padamkan. Aku dail HP dia. Aku parking betul2 sebelah dia tidur. Masa dia nak raba hp tu dia tertoleh kat aku. Dia terperanjat dan aku pun terperanjat jugak sebab dia menjerit sikit.

Dia hanya mampu berkata "apalah ibu ni, bulan2 puasa wat camni"

Tapi mana ada hantu bulan-bulan puasa ni kan. Kalau kena kat aku, maunya aku tak menjerit. Ye ler bukak2 mata ada benda putih kat sebelah. Ampun bang, ibu tak buat lagi......gelihati sangat ni aku  

6 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

buatlah lagi macam tu, kut ada orang yang sakit jantung camana.....

Ayu Ayunie berkata...

stail plg drastik nak kejutkan orang.. don't try it at home.

Mat Som Sadona berkata...

Seorang isteri yg sungguh kreatif.

Kak Kay berkata...

tak de cara lain ke ko nak kejutkan dia....

Pen Biru berkata...

heheheheh...lawak tul

Tanpa Nama berkata...

ko ni x abis2 menyakat laki, bln2 posa ni buat2 ler baik sikit, drpd org tu x de sakit jantung kena sakit jntung baru ko tau....menyesal x sudah

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung