Kira-kira pukul 11 pagi tadi waktu aku tengah bersembang dengan jiran sebelah, ada seorang lelaki memasuki perkarangan rumah.Usia dalam 30an.Dia nak pinjam duit sebab tayar kereta dia pecah.Dia tunjukkan aku kereta dia yg tersadai atas jambatan kedua tu.Memang betul ada sebuah kereta proton kat atas jambatan tu. Aku tanya dari mana.Dia cakap dari KL nak ke Pontian.Aku cakap takkan jalan jauh tak bawak duit.Aku suruh dia talipon ler sedara mara ke apa.HP tak ada dan tak ingat no sesiapa. Pelik gak.
Macam rasa kesian dan tolong dia.Aku bincang n jiran aku dan sepakat nak keluarkan sorang rm50.Sebab dia cakap tayar 2nd rm100 boleh dapat.Dia janji akan datang lagi dan bayar duit tu. Belum sempat aku bagi duit tu hubby n hubby jiran aku sampai.Dia orang keluar ronda tadi. Hubby bwk org tu ke balai. Aku pun ikut.Dengan hubby dia cerita lain pulak.Mula-mula tayar dia satu pecah kat Seremban.Dah tukar tayar dia tidur kat masjid Linggi .Kat masjid Linggi sportream dia empat2 kena curi orang. Pastu sampai sini tayar pecah lagi..eh, lain macam je orang ni.Hubby cakap awak belah je ler dari sini....Cerita dia dah mengarut-garut. Bila orang tu dah pergi, terpikir pulak aku kalau dia betul2 dalam kesusahan macam mana......Kalau terkena kat kalian semua perlu ke dihulurkan pertolongan.
WAHABI BENCI TAHLILAN
3 minggu yang lalu
7 ulasan:
Ini kira nak kencing le ni... Aku ni pun banyak kali terkena...
Ini kira nak kencing le ni... Aku ni pun banyak kali terkena...
mama janet, kalau aku pun macam ko gak le mudah kesian ngan orang, dah mudah kena tipu...
Kita kena kasihan kepada org2 yg kita kenal...ramai kenalan kita yg susah, yg menangung hutang, nak bayar yuran sekolah anak pun tak mampu (contohnya)
Kalau orang tak kenal macam dalam kes puan ni, biarkan sahaja. Mungkin dia dah gunakan modus operandi yang sama di kebanyakan tempat. Rasanya dia ada 3, 4 orang tu. Sebuah kereta lagi berada di tempat lain.
Kita boleh tolong orang yg tak dikenali, tapi JANGAN SAMPAI DUIT KELUAR DARIPADA KOCEK.
SEKIAN pendapatan drp saya yg dhaif ini. Kalau saya susah boleh mintak tolong tak ye? hehehe
Insyallah MS kalau tayar kereta pancit depan rumah saya,saya tolong.
ish..konpius jgk ye..skrg ni penipuan ada bmcm2 jenis.so susah nk caya mna yg btol mna yg x..rsnya x salah pn kalau mama tak tlg dia..
Salam kenal dari Che Mid. Nasib baik duit tak jadi keluar ya..
Catat Ulasan