EDISI KHAS RAYA 2012 BERSAMA KAUM KERABAT

Khamis, 23 Ogos 2012


Gambar-gambar kenangan yang sempat diabadikan untuk raya 2012. Tiada dalam gambar anak keempat Hj Omar iaitu Kamariah .Moga ikatan silaturahim kekal hingga bila-bila walaupun kedua orang tua telah tiada...................

BETAPA SUKARNRA UTK MENDAPATKANNYA.....

Sabtu, 28 Julai 2012

Nak cite pasal umbut ni.Bukan ke umbut kelapa ni makanan gajah..tp kenapa manusia sanggup bersusah payah untuk mendapatkan umbut tu.Sebabnya..ianya jarang ada dijual dipasar.Teruk jugak kerja ni,,nak kena tebang pokok kelapa dulu..nasib baik..pokok kelapa ni tumbang sendiri minggu lepas. Baru hari ni ada masa utk buat operasi.

gigih membuang pelepah2 dulu dgn parang yg kalau sembelih lembu tak sah ni (tumpul)
 
satu demi satu pelepah dibuang

Calang2 org malas nak buat benda ni semua.Tapi dah permintaan isteri tersayang...letih2 pun layan jugak ler. Wat slow2 bang bulan puasa kang haus pulak. Mau naik suhu dia kalau dengar aku cakap macan ni gaknya.Setelah berjurai2 peluh.......lenguh2 tangan..tekak yg agak kekeringan akhirnya

jeng...


 jeng...


jeng...


jeng....







HASILNYA......




  

Sebenarnay wat n3 ni saje nak bagi jeles kat MAMA MIRAKI....sebab aritu dia dapat  kari umbut + ayam dari Datin S.Ha kali sy dapat lagi banyak.kikiki

SUDAH NASIBMU BEGITU.......

Rabu, 11 April 2012


Jumaat malam sabtu 6hb April si Ketot ni dipindahkan dari rumahku ke lokasi yang aku sendiri pun tak pasti. Lebih baik aku cakap dipindahkan..kalau cakap DIBUANG macam zalim sangat. Hari ni dah masuk hari ke enam ler ia menjalani kehidupan sebagai kucing2 yang lain diluar sana.Mencari makan dan minum sendiri dengan nak menjaga dua ekor anaknya yg belum tau berjalan.Aku membelanya sejak ia dilahirkan sehingga dia punya nak sendiri.Ada tempat berlindung dari panas n hujan, tak perlu susah payah mencari makanan.Pagi ni hujan....emosiku sedikit tergugat bila teringatkannya...makan ke dia.Camne dengan dua ekor anaknya tu..terpaksa digonggong kesana sini mencari tempat berteduh.Kenapa mesti ketot yg terpilih untuk dipindahkan diantara kucing2ku yang lain. Zalimnya aku......Naluriku ingin sangat nak tau kat mana hubby letak kucing2ku.....tapi dia x nak bagi tau. Aku benar2 berharap agar ada lah insan2 yang berhati mulia mengambil dan membela kucingku tiga beranak tu.

PROJEK MEGA LAGI....

Rabu, 29 Februari 2012

Projek baik punya...bukan bantuan kerajaan utk rakyat sebab nak PRU .Ko orang jgn salah faham pulak ye.Yang sebetulnya setelah pembinaan rumah dapur siap lebih kurang tiga bulan yg lalu,kerja2 meratakan tanah x dpt dilaksanakan atas faktor ekonomi.Dan hari ni alhamdullilah salah seorang kerabatku telah bermurah hati menyumbangkan RM tuk kerja2 menambak tanah ni.So aku n hubby dipertanggungjawabkan bagi pemantauan kerja2 ni..
sebelum ditambak..nampak agak kurang kemas 
terpaksa mengunakan jentolak ni tuk meratakan tanah..12 lori ma
Lebih kurang pukul 12++ kerja-kerja meratakan tanah selesai. Setelah aku berdua berasa puas hati baru dia orang balik.Perh....12 lori ni kalau lah nak menggangkat dan meratakan mengunakan cangkul agak2 berapa lama leh siap ye.Tapi zaman dulu2 arwah abah kalau beli batu merah angkat sendiri je guna kereta sorong.Agaknya zaman dah berubah, dan kemudahan pun dah ada untuk apalah bersusah payah menyiksa dirikan. Apa hal pun terima kasih ler diucapkan kepada PN............. diatas sumbangan ini. Semoga dimurahkan rezeki. AMINNNNNNNNNN

Pegawai pemantau projek yg amat didikasi tak lain dan tak bukan ialah
<

<

<

<

<

<

sape lagi...daku ler
 


MARI MEMBUAT JUS

Rabu, 15 Februari 2012

Jom-jom musim-musim panas ni kita buat jus limau kasturi.Tenguk buah limau banyak kat pokok, daripada jatuh berguguran baik aku petik.Tak perlu g ladang atau ke pasar, bukak je pintu dapur , petik je berapa banyak nak.Lapan pokok semuanya sedang berbuah lebat.
buah- limau fresh dari pokok
belah dua bio senang nak memerahnya nanti
Pastikan semua peralatan yg kita gunakan adalah bersih dan terhindar dari segala bau2an ye.Maklom ler benda yg nak dibuat ni adalah minuman.Kalau de bau kari ke hanyir ikan ke..tak lalu pulak kita nak minum nanti. 
proses memerah (cuci tangan bersih2 tau)
 dah dapat satu jug
tuang kat periuk ke apa.Jangan kuali sudah ler
masukkan gula pasir 
kacau gula tu dulu.seduk tu bukan yg digunakan tuk kacau gulai tempoyak ye.kemudian tenggek kat api
Biarkan ia betul2 mendidih ye...Masa tengah mendidih ya alllah haruman bau limau kasturi yg masam tu menusuk2 kat hidung.Agak2 dah lama ia mendidih padam api dan biarkan ia sejuk sebelum kita isi dalam botol.Jus ni tak de bahan pengawit, jadi simpan ler kat peti sejuk.Sesekali wat air sirap ke tea o tuang ler sedikit jus ni.Jadi ler sirap limau atau teo o limau.Dan bagi yang sehari kalau  tak dapat minum air batu leh jadi meroyan......wat air limau ni masa makan tengahari pun umpp...kasi ais lebih2.

JOM LIHAT AKSINYA......

Sabtu, 4 Februari 2012

Anak2 kucing ni lahir pada 2/1/212. Kira sebulan lebih ler usianya. Masuk ni dah dua kali ler si Janet melahirkan anak.Dulu kembar tiga dan kali ni pun tiga gak.Suka tenguk keletah anak2 kucing ni, terutama masa dia tidur, Bertindek2 diantara satu sama lain.Mari tenguk aksi2 dia....
 
ONING ku beri nama
ni APOK 
TAM n ONING
                      paling aku suka ONING..jadi letak gambo dia lebih2

TOMYAM POWER

Rabu, 1 Februari 2012

tomyam yg sedang mengelegak

Tahap kejelesan yg terlampau sebab dengar ada seseorang tu nak lunch Ayam Penyet, jadi aku tunjukan ler menu tengahari aku yang tersangat ler sempoinya. Tomyam yang sangat mables. Meraung dan berguling2 ni kalau kedai2 Thailand nampak aku ciplak dan menandingi masakkannya.

kalau kat ayam penyet de tempe n tahu.. aku pun ada...KO ADA
tapi tahu, tempe n kentang aku masak kicap je
         Limau kat atas tu nanti sebagai pencuci mulut. Ko orang tentu order ice cream yang lemak berkrimkan....

Sekian n3 saya.Tima kasih .

TERIMA KASIH OLI COLLECTION

Isnin, 30 Januari 2012

 Rezeki jangan ditolak....musuh jangan dicari.Eh betul ke bidalan ni. Dapat set cadar dari "OLI COLLECTION" Terima kasih daun keladi ye. Walaupun ada orang tak suka dah pattern cadar ropol-ropol ni, tapi aku suka sebab free. OLI singkatan nama Rosli n Omar.Dua orang usahawan melayu yang berjaya dan terkenal kat area Muar n Bee Pee.

corak bunga kecik2 ala inggeris
bila aku tenguk kat catlog lawa gak cadar ni
                              biar ku pamerkan harganya ye....

Apa-apa hal pun moga kalian berdua terus maju..............

TERIMA KASIH BLOGGER DARI KEDAH

Rabu, 25 Januari 2012


Tengah hari tadi terima sepucuk. Pada stem tu berchop Kedah..menandakan pengirim ni dari Kedah.Terperanjat jugak aku bila hubby menghulurkan surat tu. Dalam fikiran aku tak de pun selama ni terima surat nun jauh dari sana.Suspen dan takut gak masa nak bukak sebab hubby tunggu sebelah. Mana tau berisi dadah ke apa. Dimulai dengan bismillah aku bukak sampul tu....Ha, ianya cuma berisi biji benih...tanpa nama atau apa2 dari pengirimnya.Oh baru aku teringat pada seorang blogger dari Kedah.Aku pernah berbicara tentang benih timun betik ni, dan dia berjanji akan poskan kat aku.

MAK NGAH PORA...terima kasih ye.Kiriman dah sampai.Yang macam kacang tu benih apa ye....

SANTAI D" 83500 PART 3

Selasa, 24 Januari 2012

21/1...xtvt hari ni nak bawak anak n anak2 buah g mandi manda di Bee Pee.Lokasi dirahsiakan.Aku kalau nama n g jenjalan.x suka meleceh2.Seawal 9.00am aku dah kerahkan dia orang bersiap.Tak suka kalau nak g mana2 jam tu ler..nak pam tayar kereta, belum mandi, belum sarapan dsb.....

budak yg palign suka sebab ada geng mandi
pastikan x de brg yg tertinggal

Kelakar kan pukul 9.40 kita orang dah sampai tempat yg dituju. Macam awal lagi, tapi bila tenguk dah banyak kereta parking.Kat pintu masuk pun ramai orang dh standby sementara menunggu pukul 10am.Bukak je..kami pun serbuuuuuuuuuuuu sebab nak cari tempat lepak yg sesuai.

askar2 dah sampai dgn semangat waja nak mandi
posing dulu wat kenang2an 
 si harith n syafiq apa pandang2.terjun je ler....
sebenonya ni ler lokasi yg katanya rahsia tu 
 mak cik ni tak mandi, tukang jaga beg.Jenuh menunggu dia org mandi

Lebih kurang pukul 11.30 kerabat dari Bangi calling2 ckp nak terus mendarat kat sini tanpa transit kat kampung.Aku dapat bayangkan seronok ler dia orang dapat mandi beramai2.Lokasi seterusnya selepas mandi manda ialah ke........................? Sambungan n3 ziarahi ler blok MUMMY GEE...

SANTAI D" 83500 PART 2

Ok mari tenguk apa menu kita malam tu .Masa makan malam ni memang baru kita orang berenam je...Selesai je makan kerabat dari Kulai Jaya sampai.Tak sempat ler nak snap gambo dia org sebab tengah makan.Nasib baik makanan ni kita orang tak bagi licin.Tapi dia balik bawak sate.Ko orang makan sate le ler ye
 
cantik tersusun
ayam goreng
 ikan mata + nenas masak lemak
sambal jering + ikan bilis
kuah pecal yg aku bwk dr rumah
                      pecal derhaka..tak cukup sifat

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung