PECAL atau GADO_GADO

Sabtu, 28 Ogos 2010

                                                bahan-bahan yang telah siap dicelur n goreng

Pernah makan pecal...........? atau kat Indon org sebut gado-gado. Makanan ni mmng  menu kegemaran orang jawa. Namanya pun pe...cal...cam pekat sekali sebutannya kan. Kalau sebarangan org tak reti buat pecal. Nanti mandai-mandai buat jadi rojak petis pulak. Tak pun 
jadi rojak mamak.
  
Sayur-sayuran yg digunakan seperti kangkong, kacang panjang,pucuk ubi,kcng botol ,taugeh dan ikut suka ler. ada yg suka betik dan nangka pun ok gak. Tu semua kena celur.Diantara bahan-bahan diatas tu pucuk ubi yg paling last sekali dicelur.Sbb kalau dia masuk dulu air rebusan tu jadi hijau. Ni kira satu petua.....(padahal semua org dah tahu kan ). Manakala tempe n tahu digoreng.Tak kan nak rebus lak ye nnti jadi youngtaufu.

Kuah pecal tu nak sedap, cili n belacan digoreng.Alergi makan belacan tukar ikan bilis.Pas tu tuk org2 yg tahap kemalasannya maksimum, blend kcng tanah, belacan, garam. ajinomoto sekali. Tapi guna air masak.Gula jangan lupa......sebab kuah pecal yg "umph " hendakleh dia ada rasa pedas2 n manis.Jgn manis sgt ,jadi kuah sate pulak. Dah siap ..tuang kat mangkok.Pas tu rasa ler sikit kurang garam ke apa. Kalau dah ok gaul je lah dgn bahan2 diatas tadi.

Aku tahu dlm family HJ OMAR ni aku yang paling terror wat kuah pecal. Sbb ada sekali tu rmh mummy gee wat open house adalah menu pecal. Tuk bahan-bahan tu ok ler aku tak reject.Tapi kuah dia tak menjadi.....so aku repair ler..tmbh itu ini.Baru ler ada rasa.

OK LAH SLMT MENCUBA WAT PECAL

Jumaat, 27 Ogos 2010


.

MUNJUNG-MUNJUNG

Rabu, 25 Ogos 2010

Kau orang dah munjong.Kalau kat kg cam ni org dah start munjong-munjong.Biasanya didahului dgn rumah Ahmad K***i.Rumah kita mak buat lambat selalunya.Sebenarnya kalau ikutkan abah malas nak wat munjong2 ni lagi2 kena munjung kat pt sulong.

Kalau nak wat munjung selalunya mak masak awal sikit.menunya ayam kicap , mee kuning n sambal goreng.Kul empat tu dah siap masak.Mulalah mak isi lauk2 tu dlm mangkok tingkat (rantang).Yang dalam rantang tu untuk org parit sulong.Org parit sulong yg di punjung biasanya Wak Sarman, Wak Sabilan dan embah Sarinem.Eh.....ada lagi ke orang2 ni sekarang.Mericho n Kaput tak,  sbb tak berapa rapat. Kesian abah naik basikal je pegi munjung ps sbb lum ada moto lagi.Kadang2 seingat aku dia suruh mah ke kak kay pegi, tapi naik bas.Ya allah naik bas bwk rantang. Nanti bila blk rantang tu dia org isi dgn kueh raya sebagai balasan.

Utk jiran2 sebelah anta pakai dulang je.Isi lauk2 dalam mangkok pas tu letak atas dulang.Ni biasa bahagian siapa ye yg anta ye.. Kakak kot.Menjunjung ler dulang tu lalu celah2 pokok nenas.Masa tu rasa2 keliling rmh lum ditanam kelapa sawit.Walaupun cam penat nak wat munjung2 tapi keseronokannya ada.

Tapi tradisi munjung2 ni cam dah pupus la kat kg.Tak de pun org buat lagi.Kat bandar2 lagi tak ada kan.Anta-anta juadah juadah berbuka posa adala.org cucukkan kulit telor kat ujung pucuk daun nenas ada lagi tak.Tu tandanya rmh org tu dah wat baulu cermai.....

TAK APALAH MUNGKIN TRADISI MUNJUNG-MUNJUNG AKAN DIHIDUPKAN KEMBALI SUATU HARI NANTI. TUNGGU>>>>>>>>>>...........'.

liIMA TAHUN USIAMU KINI......

Sabtu, 21 Ogos 2010

                                                                GEN 2 KESAYANGANKU


Tanggal 15/8/2010 ....genap lima tahun usia Gen 2 ku.Kalau seorang kanak-kanak usia sebegini dah bolih berjalan dan bercakap.Tapi bagi sebuah kereta usia cam ni dah mula meragam sikit-sikit,ataupun tempoh waktu yang sesuai untuk tukar kereta baru kot...

Gen 2 ini adalah kereta keempat yg aku gunakan. Mula2 dulu beli kereta terpakai je.Mazda 323.Wah bangganya dpt2 lesen terus beli kereta.Warna merah gitu.Masa tu harga kereta mahal tak mampu nak beli baru.Pas tu tukar kereta Proton Iswara.Ni pun kereta terpakai gak. Tapi tak lama aku pakai kereta tu sbb nmpk mummy gee pakai Iswara Aeroback nampak cam comel je.Akhirnya dpt gak kereta tu. Sbb kedudukan kewangan agak teguh sikit, dpt ler beli kereta baru.

Naluri manusia memang sentiasa tak pernah puas.Keluar lak kereta Gen 2.Cam cantik pulak Gen 2.Dah puas pikir trade in iswara ambik Gen 2.Sampa sekarang kereta ini lah keretaku. Syukur alhamdullilah kereta ini masih ok lagi.Saman traffic pun tak ada walau sekali.Agaknya suamiku pemandu yg berhemah ataupun sedar x mampu nk byr saman so, senantiasa mematuhi undang2 jalanraya.

Tapi ye ke...lepas ni tak nak tukar kereta lagi...dibibir aku dan suami selalu menyebut "cantiknya Toyota Vios " Wong Khoo Lai kata kalau hari2 kita sebut dah mcm satu doa.Mungkin satu hari nnti kita akan dpt.OH...rasanya mungkin tidak...Tapi tak apalah aku tetap akan sebut...........VIOS>>>VIOS>>>>VIOS

Handbag & Kasut Baru!!!

Sabtu, 14 Ogos 2010



ni la handbag terbaru aku. ni keluaran dari Paris. adik aku belikan untuk aku. ni hadiah sempena hari raya. 




ni plak kasut baru aku. keluran dari Paris jugak. yang ni akak aku belikan untuk aku sempena hari raya. nak sedondon katanya. kami kan adik beradik bahagia.



hahahaha...... korang da kena tipu ngan aku. sebenarnya kasut & handbag ni made in Malaysia je. ni pun beli sendri je. xda akak & adik yg belikan pun. beli pun kat Muar je. hahahaha...... Jenama nampak macam Prada padahal Satinni je. jadi ler asalkan ada dari tak da. belilah barangan buatan Malaysia. sokong Made In Malaysia. salam 1 Malaysia.

Rabu, 11 Ogos 2010

                                                       MENU BERBUKA PUASA HARI PERTAMA

MUZIUM BUKIT KEPONG

cuma ni barang-barang pameran yang tinggal....

Kereta kebal yang terdapat dalam kawasan Muzium Bukit Kepong.

yang terdapat di pintu masuk ke Balai Polis Bukit Kepong

pernah pergi ke Balai Polis Bukit Kepung? Ada saksikan filem Peristiwa Bukit Kepong ? adakan....tapi tak sama dengan apa yg kita tengok sendiri. Aku berkesempatan pergi kesana.Bukan tujuan utama nak tengok balai polis tu...tapi sbb dengar cerita dari kawan2 ada Muzium bersejarah bersebelahan dengan balai tersebut.Begitu teruja sekali masa nak pergi.Aku bayang kan cam Muzium Negara ke atau pun muzium2 sejarah yg banayk terdapat di negeri Melaka.


Tapi aku tengok begitu daif sekali.Kedudukannya berdekatan sungai Muar.Masa banjir besar melanda Negeri Johor air naik sehingga lapan kaki menurut penerangan anggota polis yg menjaga di situ.Banyak barang2 pameran musnah .apa yang tinggal cuma apa yg dpt aku rakamkan gambo2 di atas.Tapi tak apalah sekurang-kurangnya aku berpeluang pergi ke situ , walaupun dah berkali suami ckp tak de apa-apa kat Muzium tu. Aku tetap nak pegi....nak pegi....nak pegi





Rumahku syurgaku


Dah terjaga awal, nak masak sahur malu pulak n jiran kelantang kelentung sbb baru pukul berapa.Jadi saja-saja lah jengah blog aku..........
Cuba tengok antara empat buah rumah ni agak-agak mana yg lebih kreatif mengikat kain langsir........anda pilih yg atas sebelah kanan..oh tidak....aku tentulah pilih yang langsir hijau sbb rumah aku kan.Nak tukar ke tidak ye langsir raya ni.Tapi aku nak raya rumah mana.......

SATU PENERBANGAN

Ahad, 8 Ogos 2010

Aku terbaca sebuah cacatan dlm majalah BULETIN INTEGRITI.Begitu menarik sekali catatan tersebut.Rasanya elok dikongsi bersama untuk yg tak berkesempatan membacanya.....

  1. Bila kita akan berangkat dr alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat
  2. Dimana maklumat tentangnya tidak terdpt dlm sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
  3. Dimana penerbangan bknnya melalui Air Asia atau Air Jordan,tetapi Al-Jenazah.
  4. Dimana bekalan bkn lg beg seberat 23kg,tetapi amalan yg tiada caj lebihan berat,tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian Pencipta kita.
  5. Dimana bajunya bkn dr Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dgnnya tetapi kain kapas putih.
  6. Dimana pewanginya bkn dr Channel atau Paco Rabane, tetapi air mawar dan cendana.
  7. Dimana pasport bkn Malaysia,British atau American, tetapi Al-Islam.
  8. Dimana visa kita bkn sekadar 6 bln, tetapi selama-lamanya.
  9. Dimanapelayannya bknn pramugari jelita, tetapi Izrail dll.
  10. Dimana layanan bkn lg kelas business atau ekonomi,tetapi sekadar kain yg diwangikan.
  11. Dimana destinasi mendarat bknnya KLIA
  12. Dimana ruang menunggunya bkn lg bilik air-con dan red carpet, tetapi bilik 6 kaki gelap gelita.
  13. Dimana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan dan lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
  14. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.Ianya percuma, jadi savings anda tidak akan dihabiskan.
  15. Penerbangan ini tidak akan dirampas,oleh itu tidak perlu bimbang.Sebarang sajian tidak akan disediakan,oleh itu tidak perlu bimbang masaalah alergi atau halal haramnya.
  16. Jgn risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya,ia berangkat dan tiba tepat pd waktunya.
  17. Jgn bimbang tentang tempahan... ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dlm rahim ibu anda lg.
  18. Jgn bimbangkan siapa yg duduk disebelah anda.Anda adalah satu2nya penumpang penerbangan ini.
  19. TAPI INGAT........
  20. Penerbangan ini dtg tanpa AMARAN, dan nama anda telah pun ditempah utk penerbangan ini

ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA DENGAN PENERBANGAN INI......

RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKAN LAH..........

TEST UPLOAD PHOTO


BERCANDA DI TEPIAN PANTAI.........pantai apa...TG RU di Langkawi

Teringat dulu-dulu........

Jam menunjukkan kul 2.38am.aku tak leh tido ni......hubby g operasi PATI.sapik pun dah lena dibuai mimpi.Aku merayap2 baca blog sesiapa.Apa nak buat ni.....aku pasang lampu rmh bnyk2 bio terang.Baik aku tulis apa2 je ler....nak tulis apa ha.
Ha dah dekat2 musim haji aku teringat pengalaman aku ikut mak & abah antar org g haji masa aku kecik2 dulu.Tak ingat umur brapa.Yang aku anta ni ialah embah (panggilan org2 jawa) .Dia ni ada bau2 kuini gak kut dgn family ku.Dia org g haji naik kapal laut.Naik dari Tanjung Pagar Singapura.Kiranya aku ni dah g luar negeri jugak ye masa kecik2.Aku ingat lg aku begambo dng wong khoo lai dlm pasport tu.Mna peginya gambo tu agaknya ye....dulu aku ada simpan.
Org dulu g haji bekalannya mak oi...bnyk.embah bwk satu peti ala-ala gerobok makan besarnya peti tu.Dlmnya mcm2 ler diisi.ya lah g haji masa tu memakan masa yg lama.siap bwk kain kapan.Mana tau mati kat laut.Yg menghantarnya satu bas.Kapal haji tu besar tak brapa tingkat aku tak pasti.Yang peliknya org yg menghantar bolih masuk dlm kapal tersebut.Aku ingat2 lupa dlm kapal tu ada hospital, padang bola kedai2 dan tah apa2 lagi.Ala-ala kapal mewah ler kalau zaman sekarang ni.
Waktu yg paling sedih giller waktu kapal nak belayar.Laungan azan berkumandang dgn begitu syahdu sekali.Para jemaah berdiri kat dek sambil melambai-lambai saputangan.Yg menghantarnya pasti menangis punya.Aku pun ikut menangis bila tgk org menangis, walaupun waktu tu lum tahu erti kesedihan.Org-org cakap kalau jemaah meninggal dalam kapal mayatnya akan diikat pada sekeping papan dan digantung batu.tujuannya bila dilepaskan kat laut ia akan terus tenggelam , tak ler mengikut arus air atau pun ikut blakang kapal.
Balik dr menghantar org haji aku ingat lg abah beli buah epal dan lai.hoi...zaman tu org kaya2 je mampu makan buah tersebut.Betapa bangganya akau dpt mkn buah lai.sekarang ni budak2 pun tak heran buah epal.Tapi zaman aku dah besor2 ni pun dulu2 klu g kl naik bas ekspress (hasry masa tu amat terkenal) bas jalan je keluarkan buah epal.makan .konon2 wak glamour habis dlm bas mkn epal.
Rasanya tu ler saja cerit a aku kali ini.Sebelum tu awal2 lg nak ucapkan slamat mengerjakan haji hujung tahun ni untuk datok T dan datin S.Tapi naik belon kan.tak de lg kapal2 laut

kenduri

Ahad, 1 Ogos 2010

Seawal kul 5 pagi aku dah terjaga dr tidur .walhal pukul 3 baru tidur setelah puas bergosip n dia org.Dia org tido lg sbb lena dibuai suasana dikg yang sungguh dingin.Laungan azan pun gaknya dia org tak dengar ataupun buat2 tak dengar.Aku kedapur utk tapau2 apa2 yg patut dibwk blk kemuo.

Aku bergerak kul 7.30 pg.Sampai kat bt 16 kring...kring...tipon darling aku bebunyi.alamak ,,pagi ni dia kena jaga larian amal lak.Camne ni perjalanan jauh lg.suhu dia pun naik ler sikit n org yg wat jadual kerja tu.nape mlm tadi tak bg tau.kalau mlm tadi dah tau confirm pas kenduri terus blk.Dia pun pecut ler kereta selaju yg bolih.......samapi2 rmh terus sarung uniform terus g keja.

Aku lak terus goreng gemblong (kadang2 org ckp gemblong ni gila) yg miraki wat.emm...sdp mkn panas2.tp darling aku tak reti mkn.ye ler org melayu mana tau mkn.Pas tu wat xtvt menyental baju. Pakai tangan je niKul 12 faty n family sampai umah aku sbb tlg bwkkan bekas nasi.Aku tak hidang apa-apa pun coz aku pun tak masak.pas lepak kejap dan ambik serai n petik pucuk ubi dia bla.

Banyak aku basuh baju ujan lak .aku bwk baju2 tu blk kat sg mati,sbb nak tenguk sekali janet aku yg dah ditinggalkan semalaman.Kesian dia.agaknya tercari-cari dia mana tuan aku.Pas tu aku patah balik semula ke pt bunga.Mlm ni nk tido sini.Sampai sini kemas2kan lak periuk dan bekas2 yg digunakan utk kenduri semlm.nampaknya sume dah melanggar perjanjian.Belum dapat sumenya sanggup.Tak apa nnti pulangkan bekas tu sumbat je kat bonet kereta aku. aku ok je ler.....sampai masa akhirnya ....akak gak yang kena pulangkan..apalah nasib....bukan apa aku kesian kat darling aku.Terkejar 2 dlm waktu keja.Dia merungut gak.tapi aku buat tak dengar je.....agaknya ni last dia tolong tenpahkan makanan tuk kenduri kot. cam tak de keja sama je. wallaha"lam....OK lah semuanya dah selamat....harap maaf ye klu ada yg tersinggung n ckp2 aku ni ye..

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung