Teringat dulu-dulu........

Ahad, 8 Ogos 2010

Jam menunjukkan kul 2.38am.aku tak leh tido ni......hubby g operasi PATI.sapik pun dah lena dibuai mimpi.Aku merayap2 baca blog sesiapa.Apa nak buat ni.....aku pasang lampu rmh bnyk2 bio terang.Baik aku tulis apa2 je ler....nak tulis apa ha.
Ha dah dekat2 musim haji aku teringat pengalaman aku ikut mak & abah antar org g haji masa aku kecik2 dulu.Tak ingat umur brapa.Yang aku anta ni ialah embah (panggilan org2 jawa) .Dia ni ada bau2 kuini gak kut dgn family ku.Dia org g haji naik kapal laut.Naik dari Tanjung Pagar Singapura.Kiranya aku ni dah g luar negeri jugak ye masa kecik2.Aku ingat lg aku begambo dng wong khoo lai dlm pasport tu.Mna peginya gambo tu agaknya ye....dulu aku ada simpan.
Org dulu g haji bekalannya mak oi...bnyk.embah bwk satu peti ala-ala gerobok makan besarnya peti tu.Dlmnya mcm2 ler diisi.ya lah g haji masa tu memakan masa yg lama.siap bwk kain kapan.Mana tau mati kat laut.Yg menghantarnya satu bas.Kapal haji tu besar tak brapa tingkat aku tak pasti.Yang peliknya org yg menghantar bolih masuk dlm kapal tersebut.Aku ingat2 lupa dlm kapal tu ada hospital, padang bola kedai2 dan tah apa2 lagi.Ala-ala kapal mewah ler kalau zaman sekarang ni.
Waktu yg paling sedih giller waktu kapal nak belayar.Laungan azan berkumandang dgn begitu syahdu sekali.Para jemaah berdiri kat dek sambil melambai-lambai saputangan.Yg menghantarnya pasti menangis punya.Aku pun ikut menangis bila tgk org menangis, walaupun waktu tu lum tahu erti kesedihan.Org-org cakap kalau jemaah meninggal dalam kapal mayatnya akan diikat pada sekeping papan dan digantung batu.tujuannya bila dilepaskan kat laut ia akan terus tenggelam , tak ler mengikut arus air atau pun ikut blakang kapal.
Balik dr menghantar org haji aku ingat lg abah beli buah epal dan lai.hoi...zaman tu org kaya2 je mampu makan buah tersebut.Betapa bangganya akau dpt mkn buah lai.sekarang ni budak2 pun tak heran buah epal.Tapi zaman aku dah besor2 ni pun dulu2 klu g kl naik bas ekspress (hasry masa tu amat terkenal) bas jalan je keluarkan buah epal.makan .konon2 wak glamour habis dlm bas mkn epal.
Rasanya tu ler saja cerit a aku kali ini.Sebelum tu awal2 lg nak ucapkan slamat mengerjakan haji hujung tahun ni untuk datok T dan datin S.Tapi naik belon kan.tak de lg kapal2 laut

0 ulasan:

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung