SAAT KU DIIJAB KABULKAN
Sabtu, 27 November 2010
NAK BAGI HADIAH APA YE
Isnin, 15 November 2010
N3 kali ni nak cakap pasal hadiah ler....Perlu ke mak bapak bagi hadiah untuk anak..? Misalnya hadiah harijadi ke..hadiah atas kejayaannya ke dll. Ni anak aku mintak hadiah sbb dapat 4a. Patutnya tak dpt hadiah kan sbb bukan 5a. Aku pun tanya nak hadiah apa.
Ada ke banyak2 hadiah dia mintak basikal jaguar yg sekarang memang budak2 tengah pakai. Nak wat apa , basikal yg ada pun tak guna. Bukan cantik pun jaguar tu, cam basikal orang dulu2. Daripada basikal ambik je ler motor kesayangan aku kat atas tu. Dah besar tak kan nak main basikal.
Last2 dia pikir, ah nak PS 2 ler. La PS 2 pulak. Kat rumah kan dah ada PS 1. Dia kata nasib baik kita tak mintak PS 3. PS 3 mahal bu dia cakap. Ok lah anakku...PS 2 bolih ler. Kesian pulak kalau tak bagi kan. Kalau dia tak mintak ngan , nak mintak dgn sape lagi . Ha nanti layan PS 2 tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
DAH BESAR ANAKKU
Rabu, 10 November 2010
Esuk 11-11-2010 seawal jam 10 pagi keputusan UPSR akan diumumkan. Anakku adalah salah sorang dari ribuan calonnya.Walaupun keputusan upsr bukan hala tuju dimasa depan tapi kalau anak mendapat 5A dalam pepereksaan tersebut adalah menjadi kebanggaan kedua orang tua.Aku cakap upsr bukan hala tuju dimasa depan sebab ada sesetengahnya bila naik kesekolah menengah prestasi terus menurun.
Diam tak diam sudah tujuh tahun anak aku dialam persekolahan. Rasanya masih lagi aku teringat hari pertama aku menghantar dia ke sekolah tadika dulu. Aku terpaksa jadi anak murid juga sebab kena tunggu sampai dia balik.Hari kedua macam tu jugak, tapi aku tak tunggu dalam kelas.Aku duduk kat luar sebab kejap-kejap dia mengintai kat tingkap samaada aku ada ke tidak. Hari ketiga aku tunggu gak, tapi sekejap je. Dia suruh aku balik pulak .Dah dapat kawan katanya.