DAH BESAR ANAKKU

Rabu, 10 November 2010

Esuk 11-11-2010 seawal jam  10 pagi keputusan UPSR akan diumumkan. Anakku adalah salah sorang dari ribuan calonnya.Walaupun keputusan upsr bukan hala tuju dimasa depan tapi kalau anak mendapat 5A dalam pepereksaan tersebut  adalah menjadi kebanggaan kedua orang tua.Aku cakap upsr bukan hala tuju dimasa depan sebab ada sesetengahnya bila naik kesekolah menengah prestasi terus menurun.

Diam tak diam sudah tujuh tahun anak aku dialam persekolahan. Rasanya masih lagi aku teringat hari pertama aku menghantar dia ke sekolah tadika dulu. Aku terpaksa jadi anak murid juga sebab kena tunggu sampai dia balik.Hari kedua macam tu jugak, tapi aku tak tunggu dalam kelas.Aku duduk kat luar sebab kejap-kejap dia mengintai kat tingkap samaada aku ada ke tidak. Hari ketiga aku tunggu gak, tapi sekejap je. Dia suruh aku balik pulak .Dah dapat kawan katanya.

Dan Jumaat 19 Nov pulak mungkin adalah hari terakhir dia berada dialam sekolah rendah. Insyaallah panjang umur tahun hadapan akan menduduki alam sekolah menengah pulak. Dah dewasa anakku. Membesar di depan mataku. Aku pulak yg rasa sedih mengenangkan dia akan meninggalkan sekolah rendah dan juga kawan2 sepembelajarannya. ANAKKU ......MOGA IBU DAN AYAH DIPANJANGKAN UMUR DAN DAPAT MELIHAT KAU BERJAYA DALAM HIDUP DAN MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA.

5 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

cepat betul masa berlalu...10-15 tahun lagi dapat menantu la pulak... tak tau la dengan saodah ke dengan orang lain... hehehe

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Semua mak bapak memang inginkan kejayaan anak2nya...cam aku setiap kali ujian atau peperiksaan aku n Tanty yg cam nak periksa gak. Kena buat ulangkaji sama2.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mama Janet berkata...

Aku ingat mls nak g sklh esuk sbb tak nak tenguk org menangis kegembiran atau kekecewaan.Tapi anak dh suruh datang pegi la jugak

Mama Miraki berkata...

hahahha esok UPSR keluar..suspen gak ni. betullah mek..cepat betul masa berlalu. iki dan safik sebaya..iki awal tahun...safik hujung tahun. masa kau kahwin aku dah sarat sangat mengandung time tu...hehehehe

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung