JOM G PASAR TANI

Ahad, 27 Februari 2011

Salam pagi minggu....wat apa ha hari2 minggu ni.Jangan2 ada yang belum bangun kot.Aku n hubby seawal 7.00am dah sampai pasar tani kat sebelah Stadium Muar tu.Sebenarnya tak ada keperluan penting sangat yang nak dibeli pun.Tapi dah aku kata berhajat nak pergi..sampai jugak.Apa yang aku suka kalau g pasar tani kat situ bukan apa.Aku berkesempatan berjumpa dengan kawan2 sekerja dulu.Memang betul ye..sampai2 je kat sana ramai kawan2 yg menyapa aku.Ayat standard yang akan keluar "hi, lama tak nampak,makin montel" Sabo je aku dengar.Ok ler tenguk ler barang2 yang sempat aku sambar walaupun tak dirancang.
 
daun soh dgn pasangannya tempe.

XTVT PAGI MINGGU

Ahad, 20 Februari 2011

Salam sejahtera semua.Lama aku tak up date blok kesayangan aku ni.Ye ler blok yang memaparkan xtvt aku ,family n kaum kerabatku.Cerita2 pasal politik dan yg sewaktu dengannya sorry.Kali ni aku nak wat n3 tentang apa yg aku buat di hari minggu ni.Pagi tadi selepas siap buat kerja2 biasa dirumah tergerak hati nak trim pokok Bourgenvilla (sdp sikit dengar drp.bunga kertas) di halaman rumah aku.Aku tenguk dahannya dh terjulur2 bila keluar bunga nanti tak cantik.Biasanya ni kerja hubby, tapi tak apa ler hari ni dia sibuk aku ambil alih.Pokok bourgenvilla ni cantik kalau ala2 bonzai atau ayam serama.Rendah2 gitu.Ok kita layan ye..

pokok yg paling aku suka dengan kombinasi enam warna
 

sebelum

selepas..janet aku setia menemani

sebelum

selepas....nampak klasik kan.2 tingkat

Ha tenguk pokok di bawah ni.Kalau rajin trim bila keluar bunga nampak cantik dan comel je.Dah ku kata rendang cam ayam serama.Jadi sesiapa yg ada tanam pokok ni rajin2 ler memangkas, tak ler jadi besar cam pokok kat kubur je...

sedap mata memandang.
Itu aku baru trim sebahagian saja.Petang ni akan ku sambung kerja2 trim pokok.Tak de tukang kebun kan.Inisiatif sendiri ler......

Isnin, 14 Februari 2011

Sekitar kunjungan ke rumah Mummy Gee.Nama je kenduri, tapi kita orang tak makan pun.Saja tolong2, sembang2,gosip2 n posing2.Sebab kita orang ni tak makan sangat (jgn ada yg nk termuntah n statement ni ).Yang makan cuma dia ni aje..
 
                tenguk mane ada kita orang makan. Dia sorang je.

tolong2 rewang kt dapur sambil pose...

tu dia...temikai Muo.Jurumekap tuan rumah masa ni lum sampai

hubby,arif n syafiq tolong susun kerusi meja

diri kat makanan je, tapi tak makan
                      Datin S dan mama miraki tlg potong kueh............

            dia orang ni pun leka bermain, tak kisahkan nak makan

                     sudut permainan tuk budak2 lelaki pulak

                 Datin S dan Mama Miraki tlg potong kueh

teka ler wajah2 siapa
            cuma pandang2 tak de makan2




Betul tak apa yang aku cakap.Kita orang datang saje2 je bukan nak makan.Tak de satu pun bukti yg menunjukkan kita orang makan.Lu orang makan tak.....?

SIRI JELAJAH KAWASAN BANJIR

Ahad, 6 Februari 2011

Dalam minggu ni rajin pulak aku wat n3, walaupun entry yang merapu-rapu.Kali ni aku nak bercerita pasal siri penjelajahan aku ke kawasan2 banjir di daerah Ledang ni.Ye ler nak tenguk dengan mata sendiri  macamana suasana banjir.Asyik tenguk kat berita tv je.Lagipun tempat tu bukan jauh sangat.Lain ler kalau kejadian tu berlaku kat China ke mana.Jadi aku, hubby n syafik bergerak ke lokasi pertama. Nak ke Panchor.Tapi apakan daya kereta belum boleh lalu lagi. Jadi hanya dapat memerhati dari atas jambatan Panchor saja.

begini keadaannya.Jalanraya dah jadi cam lautan.
 
nak ke seberang boleh naik bot kecil
Lokasi kedua aku menuju ke Pekan Gersek.Sebelum sampai ke pekan gersek aku perhatikan di kiri kanan jalan rumah2 ditenggelami air.Kadang-kadang macam tak percaya masih ada banjir, sebab dengan cuaca yang panas terik, dan langit yang cerah.

masjid di gersek
 
sek. keb.Gersek.Besuk confirm cuti lagi
kesiannya.......
pekan gersek.Aya..macam mana gua mau laya

Lokasi ketiga ke Pulau Penarik dekat2 rumah MB.Alahai sini selalu banjir.Ni jalan nak masuk ke kampung2.
 

                                  budak-budak suka pulak berpesta air.....

Ini lah saja laporan aku tentang banjir di Ledang yang sempat aku jelajahi.Banyak lagi ye kawasan2 yang banjir di sini.Apa-apa pun moga bersabar menempuh segala dugaan dari yang maha kuasa.

MACAM-MACAM ADA.........

Sabtu, 5 Februari 2011

Masih dalam suasana Xong xi fa chai kan.Jadi n3 kali ni pun merah-merah.Ni nak kongsi pasal ole-ole yang diperolehi sempena raya cina.Ye ler ni pemberian kawan-kawan hubby dan juga jiran tetangga.Aku begitu tertarik dengan kekreatifan (betul ke perkataan ni) dia orang ni mengisi buah-buah limau dalam bekas yang cantik.Kalau dalam kotak tu biasa ler kan.
 
beg comel yang mengandungi dua biji limau tiap satu

beg yang menyerupai kotak isi telor
                    dan ini mengandungi cokelat,kacang2 dan gula-gula


Apa-apa hal pun terima kasih kepada semua yang menghadiahkan kepada kami skeluarga.Tunggu ye..di aidil fitri nanti adalah balasan dari kami.......

MAKAN_MAKAN

Rabu, 2 Februari 2011

Petang tadi g ronda-ronda tenguk banjir.Kat sini dah ada dua pusat pemindahan, sekolah Kesang n sekolah Tg. Gading.Aku menyusur kat kampung2 sekitar situ.Kebanyakkan rumah-rumah tak de lah banjir dalam sangat, tapi laluan nak masuk kerumah tu yang agak dalam.Tu yang dia orang berpindah.

Selepas tu memenuhi undangan kawan hubby yg ajak makan sempena raya cina ni.Mulanya aku malas nak g, sebab perut kenyang.Tapi syafiq nak gak pergi aku ikut je...sekadar basahkan tekak.

makan kat sini.cantik tempat ni
suasana di luar 

pemandangan di pintu masuk
 
sibaju oren ni sedang memilih menu
 
dia ni ler yang ajak kita orang makan.1 MALAYSIA
                                     makan-makan jangan tak makan

N3 kali ni tak de wajah aku kan.Dia orang ni memang, malas aku suruh ambik aku. Tak apalah.............apa-apa hal kepada tuan penaja Xong Xi Fa Chai.

XTVT CUTI SEKOLAH

Selasa, 1 Februari 2011

N3 kali ni aku paparkan xtvt anak bujangku masa cuti sekolah.Aku memang mengendap apa yang dia buat n aku candid gambar dia.Lain aku suruh lain dibuat.Aku suruh siapkan kerja-kerja sekolah.Dia ngadap juga  meja tulis tu, tapi kejap je pastu layan PS2.Bila aku dah bising-bising asyik main games je , dia tinggalkan sudut ni dan lari kat internet lak..
 
tenguk tu lepas main tak reti nak kemas

aku suruh dia duk diam2 kat sini baca buku n wat kerja sekolah
.

 aku bising asyik game je, internet lak sasarannya


aku ingat dia sambung buat kerja sekolah rupa2nya tenguk tv pulak
Kenapa lah liat sangat nak menyiapkan kerja-kerja sekolah.Alasannya naik sekolah lama lagi.Maksud dia banyak masa lagilah...Ya, ampun.Ah daripada sakit mata memandang baik aku tidur lagi bagus.Jom tidur hujan-hujan ni.

 
                                        yes..............tempat utk aku beradu

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung