Salam pagi minggu....wat apa ha hari2 minggu ni.Jangan2 ada yang belum bangun kot.Aku n hubby seawal 7.00am dah sampai pasar tani kat sebelah Stadium Muar tu.Sebenarnya tak ada keperluan penting sangat yang nak dibeli pun.Tapi dah aku kata berhajat nak pergi..sampai jugak.Apa yang aku suka kalau g pasar tani kat situ bukan apa.Aku berkesempatan berjumpa dengan kawan2 sekerja dulu.Memang betul ye..sampai2 je kat sana ramai kawan2 yg menyapa aku.Ayat standard yang akan keluar "hi, lama tak nampak,makin montel" Sabo je aku dengar.Ok ler tenguk ler barang2 yang sempat aku sambar walaupun tak dirancang.
daun soh dgn pasangannya tempe.
Sarapan yang aku beli pagi ni.Ikut cita rasa masing2 kan.Bila nampak orang jual semua sedap je.Aku tenguk pada rupa kueh tu..agak2 menepati kriteria boleh beli.
nasi lemak ayam tuk kami bertiga.
kegemaran hubby. apam balek.Aku x makan
Dan yang kat bawah ni ubi n keledek untuk standby kalau2 tergerak nak wat minum petang.Mintak2 empuk ler ubi ni.Jangan jadi cam ubi yang kak kay beli aritu ganyut.Tapi kita tak leh nak salahkan penjual kan.Ubi tu dia jual mentah2 man dia tahu empuk ke tidak.Lain ler kalau buah2 an boleh rasa sikit.
6 ulasan:
Besonya mata petai 2, kalah mata YB Bukit Mutiara!
camne ni aku wat blok panjang2 tetiba gambar2 dan cerita hilang separuh.
lamanya aku tak makan daun soh, dulu mas keja kawan aku yg duk klang selalu bagi, msk lemak pedas ngan tempe, mana aku nk dpt dau soh ye, kalau hubby aku wat ulam aja...
aduh makan lalap petai mata2 beso2 cam ni .... meleleh air liur..
petai...sedapnya....ulam gitu jea cicah smabal belacan...aduhai...tak boleh jadi nie..nak gak akak gi pasar tani kat stadium larkin..hujung minggu nie..
daun soh tu daun apa yea..kenapa aku tak tau....
Nab...ko generasi selepas merdeka...mana nak tau daun soh...
Catat Ulasan