RONDA_RONDA DI HARI BURUH

Ahad, 1 Mei 2011

1 Mei hari cuti. Ke mana kalian.Aku tak ke mana-mana, tapi demi memenuhi tuntutan anakku yang nak main games bergerak ler aku selepas zohor ke Melaka.Distinasi Maideen kat MITC tu.Sampai sana apa-apa hal pun layan perut dulu.... 
chicken chop untuk syafiq dan suami 
chicken wing fried rice untuk aku
Jangan tak percaya selepas dia menghabiskan chicken chop dia order nasi macam aku punya pulak.Licin jugak. Kus semangat selera dia memang tiada tandingannya.

Memang menjadi kebiasaan dia kalau makan kat luar tentu order dua jenis.Nak buat macam mana...dah puas aku ckp nanti obesiti tapi perut dia tak kenyang lagi dia cakap. Ha.. pas kenyang makan baru de kekuatan nak main games.




Dah puas main , alang2 dh sampai sini beli ler sikit barang keperluan dapur.Tak banyak barang yg aku beli sebab dh shopping kat Muo.




Abang tolak troli tu elok2 jangan pandang awek2 kat kiri kanan tu...Walaupun tak banyak barang yg dibeli tapi disebabkan nilai wang yang kecik 2** melayang gak.Dah masuk dalam kereta dan dh keluar dari kawasan parking nak tau apa yg berlaku.Barang kepunyaan aku tertinggal kat tempat simpan barang.La..suami malas nk masuk parking semula .Kalau ler barang yg tertinggal tu shampoo rejoice yg berharga rm9.90 haram aku tak ambik.Maka dengan nada yg agak marah suami suruh aku dan anak g masuk balik.Jauh jugak nk jalan tu...




Ni ler barang yg tertinggal.Aku beli kat tingkat atas tadi ...jadi masa nk beli barang2 dapur guard suruh tinggal.Apa ye agak2 isi didalam.Barang tu tak de ler berjenama, cap ayam je.Tapi berharga rm 179.90. Pikir sendiri lah apa agaknya......

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung