SUKA TAK....?

Jumaat, 6 Januari 2012


Ni nak cerita pasal pakaian.Antara 4 xtvt di bawah ni yang mana satu ko orang paling suka;
1)  Membasuh baju
2)  Menyidai baju
3)  Melipat baju
4)  Menggosok baju

Bagi aku ler yang surirumah sepenuh masa, membasuh baju paling suka sebab campak2 kat mc tau siap je. Menyidai baju pun suka ,sbb bila kat ampai tu nampak cantik .Tapi  untuk no 3 n 4 tu mmng paling tak suka.Gambar di atas de kena mengena dengan xtvt yg aku tak suka ler tu.Biasa kalau angkat baju aku terus lipat.Ni tengahari semalam dah angkat pagi ni baru nak lipat.Akibatnya kain baju dah renyuk seribu sebab terperap dlam bakul.Sama ler macam n3 yang terperap dalam draft....menjadi cerita basi.Ko orang semua suka ke kerja2 melipat kain ni atau pun main sangkut2 kat hanger je, pastu bilik jadi cam kedai dobi.

Ha bab mengosok ni walaupun tak minat, masih ok lagi sbb pasangan rajin gosok baju sendiri.Tu sebab baju2 dia cukup pantang kalau dah kering aku longgok2 .Baju tu renyuk maksimum dan payah digosok.Bagi yang de bibik tak perlu risaukan bab2 camni sbb semua bibik yang uruskan.......

9 ulasan:

Ayu Ayunie berkata...

sy suka basuh baju dan jemur je. tang lipat tu lambat sikit. sampai dah penuh bakul baru terhegeh nak lipat.

~ Mummy Gee ~ berkata...

5) Buka Baju ... ko ngan kak kay suka kan....hahahaha

Mama Janet berkata...

ayu..betul ramai org suka basuh baju dan jemur.Bab melipat ni.....

Mummy Gee..tang tu bkn aku berdua je suka, semua org ..hihihi 18x ni

MakNgah berkata...

semuasekali MNgah xsuka, nak2 lagilah bab melipat n menggosok baju

Mama Janet berkata...

caya lah makngah

Mama Miraki berkata...

saya suka MEMBELI baju...hehehe

Kak Kay berkata...

saya suka buat semua tu, sebab saya surirumah mithali....hehehe
sebenarnya samada suka ke tak suka yang pasti memang kena buat jugak, so... buat2 le suka je...

YIN-WONG KHOO LAI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
YIN-WONG KHOO LAI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung