MABUK DAUN DIA NI

Isnin, 31 Oktober 2011

Tenguk kacang botolku yang hidup subur merimbun, lebih2  lagi bila hari2 kena hujan.Orang  kata kalau nak bio pokok tu mengeluarkan buah yang banyak kita kena buang sedikit daun-daun tu. Jadi tak mabuk daun.Dan kebetulan aku teringat arwah mak pernah masak pucuk daun kacang panjang atau pun kacang botol.Aku pun pernah makan.Biasa orang masak bening (masak air)
subur kan

 Aku pun ikut petua tu dengan memetik daun-daun yang muda.Esuk tengahari aku nak masak daun ni. Sambil2 tu aku belek-belek jugak kat celah2 daun tu kot2 dah mengeluarkan bunga. Ha tepat sangkaan aku ia dah mula berbunga.Kacang botol ni aku tau kalau dah mula berbuah, buah dia tak putus-putus.
 
ni ler bunga dia
Dan kat mangkok tu pucuk-pucuk muda yang aku kutip. Kalau ko orang semua memang anak kampung jati tentu tau orang panggil daun kacang ni "BAYONG".Untuk yang tak pernah makan cuba la.......

11 ulasan:

Mama Miraki berkata...

ohhhhh ko ni suka makan pucuk muda yea.....

MakNgah berkata...

org tempat MNgah panggil ni kacang kelisa

~ Mummy Gee ~ berkata...

masak bening makan panas2 sedap tu...

Tanpa Nama berkata...

daun kacang panjang yg muda diorg panggil "bayong"tp daun ceper muda diorg x panggil bayong ler

Mama Janet berkata...

TNP...abis dipanggil apa. "GAYONG KE"

MAK NGAH..org jawa panggil "CEPER"

Kak Kay berkata...

mama janet, dulu kat belakang umah aku pun subur cam tu,kan aku pernah upload dlm blog dulu. Wan gi belek2 tengok dh berbunga ke belum, alih2 kuar ular hijau kecik le. langsung wan tebang....

Pen Biru berkata...

tempat sy kacang ni orang panggil kacang kelisa..kalau sy makan buat ulam mentah cm tu je

Tanpa Nama berkata...

Kacang kelisa, kacang botol, ceper, saudara sepusat sepusing

Tanpa Nama berkata...

bukan kacang koro kea namanya

Mama Janet berkata...

kacang koro tu "kacang parang"

Mama Miraki berkata...

kat kg kita panggil "Kacang Peace" hehehehe...

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung