Pagi tadi aku balik ke Poskod 83500.Tujuan utama g ke Peladang.Tentu kaum kerabatku tau kalau ke peladang ambil apa kan.Pas tu persinggahan tetap aku kat kedai makan dekat2 kubur tu.Aku suka roti telur .Alamak abang yg tebar roti demam pulak, so makan mee hoon n ayam goreng je.Persinggahan kedua dah tentu ler kat Homestay Hj. Omar.Sampai-sampai je hubby terus kait kelapa-kelapa kering, sebab geram sangat ni kelapa dah mahal, pastu tak ada pulak.Aku tak gemar guna santan kotak.Kemudian tinjau2 keliling rumah.Alamak sedihnya keliling surau dia orang dah bubuh batu -batu putih menyebabkan laman kita jadi cam bendang.
baik-baik bang nanti kena kepala pulak
tenguk tu longgokan batu-batu putih |
dah macam sawah padi.air bertakung tu yg rumput cepat naik
rumput ni memang tak mati kalau diracun.Kena cabut gak
kesian my hubby
ya ampun...betul2 cam sawah padi
Lepas tu tinjau kat dapur pulak.Eh ye tak ye dah kait buah kelapa nak parut dengan apa.Jadi.....malu ler nak cakap...ala kena cakap ke ni.Maka dengan rasa tak malu cakap n hubby bawak je parut kelapa tu daripada berkarat kat kg.Hubby pun buang karat tu, sampai rumah nanti cat semula.Jangan mare kaum kerabatku.Ko orang pun bukan tau parut kelapa.
buang karat-karat tu dulu bang
Last sekali info ni khas ditujukan untuk mummy gee.Tempayan kat bawah ni ko tak nak ambik ke.Ada sentimental value ni.Boleh letak kat laman ko yang ala-ala Bali gitu.
Ok lah....kaum kerabatku, dah layan gambo2 di atas ada sesiapa yg nak buat sesuatu untuk kecantikkan halaman Homestay Hj Omar tu.Para sponsor dialu-alukan.Calling me.
10 ulasan:
Tempayan tu dulu kalau ada orang mantu biasanya buat letak air minum. Ada le nanti pasir masuk dlm gelas. Nak wat camne...dah dulu mana ada bekas2 cam sekarang.
Mek kenapa dia orang tak tabur batu putih tu sampai kelaman rumah kita, sepatutnya nak buat apa pun jangan le sampai menyebabkan ketidak selesaan laman rumah kita, sendiri mau ingat la.
pasal parut tu masa balik kg ari tu pun ko dah kata nk ambik kan, ambik le jangan malu2... aku nampak ari tu ada 2,3 biji umpak , tu kalau dicat letak kat taman umah gee boleh tmpt pijak2 pas tu baru letak tempayan antik tu...
parut kelapa tu sikit lagi jadi barang antik tu...simpan mek jangan tak simpan..hehehehehe...
TU aku cakap tempayan tu sesuai beno kalau gee ambik.Laman dia kan konsep bali.
Nab...satu hari nanti harga parut tu menjulang tinggi.Harap2 le...
tu yang dia declare...parut..yang dia tak declare..ntah apa lagi tu....jangan lea balik nie langsir antik jernih2 tu pun diamik sama...
Hantu ler ko Som...tak main ler langsir2 2nd ni...Tangkak mali manyak lo
aduh mak... nampaknya semakin tambah persaingan nak mendapatkan barang2 antik ni... heheh... nak kena sewa lori nak angkut almari dan tempayan antik ni... hahah
Warung kat kubur tu, rasanya di Simpang Tiga?
hah berebutlah korang pasal barang2 antik tu yea..jangan jadi cam Kassim Baba..bawak lori angkut semua yea...takut nanti kang aku balik kg..nak tidur kat katil antik aku tu pun dah diangkut pulak...aduhhhh...camana aku nak tido nanti ni....almari pinggan antikkat dapur tu cepat2 angkat...hehehe
Betul MM, warung tu selepas kubur kalau dr Simpang 3.Alamak roti telur dia memang sedap.Tu memang persinggahan tetap kalau balik PS.Tinggal warung Abas.
Catat Ulasan