Tetiba aku teringat cerita ini.Ia terkandung dalam buku teks B. Melayu masa aku di ting satu. Dah lama beno kan.Ceritanya begini.Ia berlaku di sebuah bandar di Tokyo.Seorang lelaki mempunyai seekor anjing yang bernama HACHIKO.Anjing ini sangat setia kepada tuannya.Tiap pagi bila tuannya pergi ke stesyen keretaapi, untuk ke tempat kerja dia akan mengikut dari belakang.Bila tuannya dah naik keretapi anjing itu balek semula ke rumahnya.Pukul lima sekali lagi anjing itu akan ke stesyen keretapi untuk menunggu tuannya pulang.Begitu lah yang dilakukan setiap hari.
Suatu hari tuannya pergi kerja seperti biasa.Anjing yg setia tetap menghantarnya.Tanpa diduga tuannya ditimpa kemalangan di tempat kerja lalu meninggal.Hachiko yang tidak tahu apa-apa seperti biasa datang ke stesyen keretapi untuk menanti kepulangan tuannya.Bila keretapi berhenti dia berlari2 mencari kelibat tuannya.Sehingga menjelang malam hachiko tetap di situ.Malam berganti siang , siang berganti malam,namun penantian hachiko sia2 belaka kerana tuannya dah mati.Selama seminggu ,setiap kali keretapi berhenti dia akan bekejar kepintu keretapi menantikan tuannya.Begitu lah yang dilakukan setiap hari.
Akhirnya penantian hachiko berakhir apabila suatu pagi penumpang2 yang hendak menunggu keretapi terlihat tubuh hachiko yang sudah tidak bernyawa tergolek di tepi landasan.Mungkin mati kelaparan atau pun tersangat merindui
tuannya........
SELAMAT TINGGAL HACHIKO
Jumaat, 7 Januari 2011
Dicatat oleh
Mama Janet
di
10:56 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Wayang dah ada dah cerita ini.
suka la crite ni... :)
mama..
ada masa.
kongsilah lah lagi buku2 yang mama ingat
ayu perhatikan..mama boleh olah dengan baik ttg sebuah cerita
Cerita dalam buku teks sekarang membosankan. Tak percaya tgoklah buku anak Mama Janet tu. Saya tak suka dengan novel Anak Din Biola tu *(Tingkatan 1). Lebih seronok baca novel Keluarga Gerila semasa STPM dulu.
Ayu..cerita amat berkesan, sebab tu ingat sampai sekarang.
MM, saya baru baca novel Istana Menanti je...(ting 1)ok gak ceritanya cam nak pegi tempat tu pulak.
Novel Badai Semalam pun sangat berkesan dihati zaman persekolahan dulu.
Catat Ulasan