Petang ni aku rasa ditahap bosan maksimum.Aku ajak hubby keluar dari kelongsong yang membosankan. Kemana ye arah tuju.Tak ada kemana....Ronda-ronda berenti kat "Taman Rekreasi Kesang" Wau! macam best ye nama.Sape-sape yang pernah singgah di sini tau lah apa yang terdapat di taman ni. Yang paling popular replika BECA gergasi.Tempat ni dulu-dulunya dikunjungi ramai orang , tapi selepas adanya laluan lebuh AMJ tempat ni ditinggal sepi.
beca gergasi |
di belakang aku ni anak sungai untuk kemudahan orang berkayak
Sebenarnya banyak kemudahan di sini.Ada surau, bilek air,taman permainan kanak2 dan gerai2 makan.Masa aku ke sini cuma ada satu je gerai yang dibukak.Tu pun tak ada pelanggan.Agaknya tempat ini tak diselenggara dengan betul tu yang jadi macam ini.
main chak2 disebalik tayar beca
kolam yang dulunya cantik dgn bunga kiambang kini lesu
2 ulasan:
tempat tu dulu memang nampk cantik ya masa mula2 siap lah, agaknya sekarang tak terbela, nampak semak aja...
memang ler,sungai tempat org berkayak pun semak samun.Mau ada buaya tu.
Catat Ulasan