WAU TERPEGUN AKU...

Ahad, 27 Mac 2011

Semalam aku g meninjau rumah kawan aku yg 95% hampir siap pembinaannya.Tenaga buruhnya hanya dua orang saja warga Indon. Hairan aku tenguk kudrat tenaga budak Indon tu.Rumah sebegini besar dia bancuh simen pakai tangan.Tak guna mesin.Rumah ni bernilai 200k termasuk tempahan perabut2 yg belum sampai.Mengandungi 4 bilik tidur, dua ruang tamu n dapur. Jom kita layan..gambar2 ni.Mana tau ada yg berkenan nak tiru.
 
pandangan dari luar 
pandai indon ni pilih colour.dh mcm ukiran kayu
ruang tamu utama
                                             ruang tamu kedua.cantik lampu2 made in Nilai
pilihan warna yg menarik
bilik utama
sejuk mata memandang
dinding di bilik utama

bilik air tetamu

bilik air anak dara

bilik air anak bujang

laluan kedapur.Indon ni gunakan penyapu lidi uyk mengecat tuk yg warna cokelat tu
                     jeng....jeng...jeng...ni le rupa tuan tanah ni Puan Zaini.


Puan Zaini n En Nordin ada ler tokeh kerepek yg berjaya kt area Muo ni.Kalau kat PS Tugi n Jaronah ler. Ok nanti perabut2 dh sampai panggil aku ye....

EH...ADA ORANG PANJAT RUMAH KITA

Rabu, 9 Mac 2011

 Pagi tadi aku balik ke poskod 83500.Seawal jam 8.00am aku dah menjejakkan kaki ke rumah pusaka Hj Omar.Tetiba aku ternampak seseorang tengah memanjat tingkap.Aku mematikan diri sambil menghalakan lensa kameraku ke arahnya.Orangnya berbadan tegap, camne ye dia berani memanjat.Kalau jatuh tak ke berdegap...Kita tenguk je berjaya ke dia nak memasuki rumah kosong ni.Aku ambik gambo ni sebab nak jadikan bukti di mahkamah nanti.

beria-ia dia memanjat, x tau aksinya sedang dirakam

alamak dia berjaya masuk ler...
Biarkan je lah apa dia nak buat dalam rumah tu.Bukannya ada emas berbungkal pun.Kita tinggalkan kisah dia.Aku pusing2 keliling rumah.Sayu hati melihat keadaan rumah yg semakin daif dan persekitarannya yg kurang terbela.Nak buat macam mana hari ni kemas, pas tu tinggal 2 ke 3 minggu.Semak semula.Lain ler kalau hari2 dikemas.Maafkan kami semua mak n abah, kerana tidak dapat menjaga rumah ini dengan sempurna.
 
dahan bunga kertas dah masuk kedalam rumah melalui celahan cermin tingkap

zing2 semua dh diterbangkan sang bayu.Kesiannya tenguk kolah 2 biji tu...
.

pokok kaktus yang tergolek kelesuan

sportlight ni mungkin puncanya semua karen short
Lepas puas ronda2 kat sekeliling rumah aku g ke ladang sawit pula.Sunyinya pagi2 camni kat kebun.Tapi ni ler tempat abah mencari rezeki untuk kita semua.Aku perhatikan rumput2 yg diracun 3 minggu sudah dah mati.

kenapa ye maad tak petik sawit ni dah sebulan lebih ni.Dia ingat dah settle kot..

beraksi buat kenang2an
parit ni ler tempat arwah mak terjatuh
nampak tak 4 biji batu.Ni ler bekas tapak pondok tempat abah n mak berehat
Eh...sedihnya tenguk semua kenang2an ni.Aku berjalan hingga kehujung kebun.Nampaknya lapis yg belakang agak semak, sebab ari tu meracun tak habis.Sebelum ku tinggalkan ladang ni sempat ki toleh ke arah rumah Wak Tuek yang dah semak samun.Tak tau ler dia ni ada lagi ke tidak.....

                        jalan masuk ke rumah Wak Tuek.Ya ampun.Kenapa bersamamu tak ke mari ye..

NI LER CATATAN SEPERJALANANKU PAGI INI..........MOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MENGHILANGKAN RASA KERINDUAN KAUM KERABATKU TERHADAP KAMPUNG HALAMAN.

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung