SERBU 3HB NANTI

Jumaat, 31 Disember 2010

Semalam hubby anta aku balek rumah sg. mati, sebab dh seminggu aku tinggalkan rumah tu.Rutin biasa sampai je rumah panaskan enjen motor pas tu kemas2 rumah , mop lantai lebih kurang settle.Xtvt memasak kat rumah persinggahan ni tak de ler...warong aje. Pas tu terpikir bil api air lum bayar.Kumpulkan bil dan bergegas ke Pej.Pos, sebab Jumaat, Sabtu n Ahad tutup kan.Kalau nak bayar hari Isnin confirm ramai orang punya.
 
tenguk tu lenggang je

Aku sampai kat Pp lebih kurang 8.45am.Ah bagusnya tak ramai pelanggan.Relaxnya kakitangan pos tu. Aku dapat no 12...Ok ler tu tak lama sangat menunggu.Kenapa ye tak ada orang....?


Apakah suasana lenggang ini dapat anda saksikan pada 3hb nanti. Oh mungkin tidak.Suasananya akan bertukar ribut.Kenapa ye

?

?

?

?

?
DIVIDEN  ASB 

SIJANET MISAI KONTOT

Selasa, 21 Disember 2010

Si janet misai kontot. Tajuk filem ke tajuk lagu ni. Dua-dua bukan.Sebenarnya pasal n3 aku hari ni. Kucingku janet telah ku gunting misainya. Ha nampak lebih macho kan dan lebih garang.Ala-ala kucing sombong pun ada. Diam tak diam dah setahun lebih aku memeliharanya.Nampaknya setakat ni dia belum mendatangkan masaalah kepada aku, so aku tetap mejaganya.Sekarang aku biarkan dia bebas kat luar, bila nak makan dia balik Nak tido pun dia balik. Orang kata kalau potong misai, kucing tu akan jadi bodoh. Ah..tak apa ler.Takat ni dah 2x aku gunting misai dia. Jangan marah JANETKU..............

tenguk tu misai dia dah kontot

                                     tapi tetap macho kan

JOM SINGGAH

Khamis, 16 Disember 2010

Pernah singgah kat sini.  "SAWIT CORNER" .Bukan tempat pengumpulan hasil-hasil sawit ye.Ianya adalah tempat menjamu selera.Dah kerap kali aku melalui tempat ini.Kereta sentiasa banyak berhenti kat sini.Tetapi baru semalam dalam perjalanan balik dari PD aku singgah makan sebab nak tenguk apa yang istimewanya sawit corner ni.Lokasi menjamu selera memang betul2 kat bawah pokok kelapa sawit.Tempat dia bersih aku puji.
tenguk tu dia letak banting2 pun kat pokok kelapa sawit

antara menu2 yg sempat aku snap.Malu nak ambik gambar banyak2orang ramai


Yang special kat situ ada cendol n abc yg nampaknya sungguh menyelerakan.Sambil-sambil menunggu pesanan sampai boleh tenguk tv.Agak2 apa risiko makan bawah pokok kelapa sawit ni ye.Menjadi trend sekarang ye kalau minum cendol satu tak cukup leh tambah sendiri.Free


cantik kan lokasinya.Betul2 tepi jalan


bersabar menanti makanan.Budak sebelah tu masam sebab dia dah penat

                   hubby tenang je...gaknya dia membayangkan kat hotel 5*                  
                                   aku n hubby makan nasi lemak kukus n cendol je

Nasi lemak kukus tu memang sedap.Ada ayam goreng panas2,telor, ikan bilis ,sayur kangkung n ikan bulu ayam.Memang tak rugi ler aku mampir kat sini.Agak2 kalau depan rumah kita bawah pokok kelapa sawit tu aku bukak kedai makan ok tak....

Pord Dickson

Selamat pagi semua.Ha pagi ni kita sambung lagi n3 semalam ye.Baru siap basuh baju ni.Nak sidai hujan.Mr.LG masuk workshop demam, so basuh pakai tangan je.Seksa ma...........Jadi sementara 2ggu ujan teduh saje2 godek2 blog aku ni. Kali ni aksi2 kat pantai,jangan kata g pantai tapi tak mandi.Memang pun tak mandi cecah2 kaki kat air jadi la .Pas tu balik apartment kemas2 baju kul 11am dh check out.Perjalanan baliktu biasa ler sabut hanyut kan.Bila ada batu tersangkut.Aku suruh hubby pandu pelan2 sambil mata melilau mana nak lepak lagi ni.Oh hubby bawak aku ke jeti kuala Linggi. Cantik jugak pemandangannya.Tapi kejap je sbb anak kurang berminat.Pusing2 lg nk kemana ye.OH kak kay kata kt pengkalan balak ada penternakan penyu.Zoommmmmmmmmmm aku kesana.Dah sampai sana malas pulak nk turun.Panas.Duduk je dalam kereta pas tu bertolak balik.Kemana ye distinasi lepas ni.Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

bercanda di tepian pantai

sama pattern

membina istana pasir konon-kononnya
                      terjun le apa lagi.asyik posing je

                      tenguk apa bang.....ketam banyak kan
                                                     

                               sejenak di pantai pengkalan Balak

Lagi cuti-cuti

Rabu, 15 Disember 2010

Isnin.14 dec...misi jalan-jalan lagi.Kali ini nak ke PD. Berangkat aku seawal kul 1o.3o am. Nampak awal lagi so menyusuri Pantai Klebang .Tapi apa yang kelihatan .Laut semua dah di tambak. Berhenti sekejap kat Pantai Puteri atau pun dulu2 orang panggil Tanjung Keling. Pekena rojak dulu sebab tadi nak g lum sarapan. Pas tu singgah kejap kat rumah kakak ipar kat sg Udang.Meneruskan perjalanan melalui Pantai Pengkalan balak tapi tak singgah dan terus ke PD.Kalau g PD biasa lah menginap kat Blue Lagoon.

 
singgah kat Pantai Puteri sebentar
muka yang kepenatan,tp tetap senyum

            baru sampai penat posing-posing dulu.Ada serupa wajah                                     
daun tu nak cover badan yg comel.ki ki ki

masa ni kat kolam cuma aku bertiga je

             oh..blue lagoon yang mengamit rasa

Ok n3 akan datang layan gambo lepak2 kat pantai ye, bukan mandi-mandi.Malas nak mandi air masin.Ko orang tau tak duduk kat kondo tu 3 beranak takut tau. Malam2 aku tutup bilik satu lagi.Tu ler ko orang aku ajak pegi tak sudi...........

PANAS>>PANAS>>PANAS

Ahad, 12 Disember 2010

           wajah-wajah ceria sebab nak pergi berjalan


PANAS....PANAS.....PANAS.....cuaca hari ni mmng panas.Sebagaimana panasnya cuaca cam tu ler panasnya hati aku.Al kisahnya pagi tadi aku n family nak g mandi-mandi kat WONDERLAND AIR KEROH. Dah berbaris panjang nak beli teket bila sampai turn aku dia kata hari ni ada family day warga kilang NS, so ditutup untuk orang. Ya..ampun aku dah sampai sini.Penat n berpeluh2 berbaris tadi lum hilang.Kemana harus ku tuju.Jam baru menunjukkan kul 9.30am.

aku ingat dia org nak beli teket..rupa2nya

Aku termenung kejap.Pikir lokasi. Ah, baik aku terus g bandar hilir je la. Boleh naik menara Taming Sari.Lagipun aku lum pernah naik.Kat situ dah ramai orang jugak, walaupun pagi lagi.Kena berbaris lagi nak naik.Tapi x lama la....Dengan bayaran teket rm10 naik le taming sari.Gayat jugak.Dapat tenguk pemandangan bandar Melaka.
masa ni dah betul2 kat puncak menara
             
                        Pas tu naik river cruise menyusuri sungai Melaka


Dengan teket rm10 jugak lebih kurang 40 minit  dapat menyusuri sungai Melaka.Seronok dapat melihat perkampungan Morten dll.Bersihnya sungai Melaka.

                sebelah syafiq tu cowboy ke apa.Oh baru beli topi ye.

Apa-apa pun program hari ni menarik ler juga walaupun pada mulanya hati aku tadi betul-betul PANAS...

BACK TO SCHOOL

Sabtu, 11 Disember 2010

                               cari bang kain lembut-lembut sikit......                  


                aku nak cari kain yang licin tapi ala2 kebiruan
          
                  dah dpt seluar , fitting room penuh pulak.Sabo fiq..

 Lepas dapat cari seluar cari baju pulak. Pilih punya pilih aku ambik jenama BINBI. Tak tau ler ni jenama cap ayam ke apa.Janji kain dia cantik. Yang penting aku tak perlu nak menila bila basuh nanti. Ambik baju dua pasang, seluar dua pasang.

                 apa lagi yg dibilik tu. Tak puas hati ke
 
             Ha last sekali pilih kasut n stokin pulak.

RASANYA CUKUP UNTUK HARI INI YE. LAIN HARI KITA CARI BEG DENGAN TALI PINGGANG PULAK. DAH PENAT DAN PERUT PUN DAH LAPAR..........

JOM PASARAN

Jumaat, 10 Disember 2010

Pagi ni bangun dari tidur, teringgat nak g pasar minggu kat Bkt Gambir. Pasar ni ala-ala cam pasar hari Sabtu kat PS jugak. Sebenarnya tak ada apa benda penting nak beli pun. Saja nak cuci -cuci mata. Sampai sana org dah ramai gak.Biasa lah pagi ni mesti ramai warga Bukit ni tak g menoreh kot sebab nak pasaran. Yang bestnya kat pasar ni pengunjungnya Jaworld yg pekat-pekat.

                               jualan kasut-kasut cam kat poskod 83500                          
                       pas penat ronda-ronda pekena mee goreng basah n tea o ais

Antara barang-barang yg aku beli yg pada mulanya tiada dalam checklist ialah sayur-sayuran kg, ikan , udang ayam dan yang sewaktu dengannya. Oleh kerana syafik tengah diulit mimpi lagi kat rumah aku belikan ler makan-makanan tuk dia sarapan nanti. Aku terpandang orang jual kek. Ternampak pulak kek yg tertulis "KEK PELANGI".Selalu terbaca kat blok mummy gee n miraki kek pelangi petang ni teringin pulak nak makan.Nak buat tak tau. Beli ler sebuku......Sampai rumah cepat2 aku belah kek tu. La..ni bukan kek pelangi petang, tapi dah jadi kek pelangi malam, sebeb warnanya pucat.


                                     AKU BELAH YE KEK NI>>>

                             Tenguk ler tu colour pun pucat je. Rasa boleh ler....

                                nasi lemak yg boleh tahan jugak sedapnya......

D A"FAMOSA

Selasa, 7 Disember 2010

















Sabtu lepas aku n family g mandi manda kat Water world A"famosa.Rancangan awal nak g Wonderland kat Air Keroh yang aku belum pernah pergi tu. Tapi sebab lokasinya pun cam tak pasti x jadi la....Biasa ler budak2 kalau nak jalan2 mesti yang ada tempat tuk berendam. Kalau mandi pantai ke atau bershopping2 bukan taste anak aku la. Disebabkan aku cuma pergi bertiga je maka terpaksa lah aku dan hubby kena menemani dia mandi walaupun masa tu hujan gerimis.A"famosa ni ok ler kalau nak bawak anak2 mandi.Dengan bayaran teket rm40 ada disediakan makan n minum.Kata orang tu boleh ler untuk mengalas perut lapar2 lepas mandi.Jangan tak percaya ye syafiq seboleh2 mengajak aku n hubby menaiki gelongsor yg tinggi n panjang.Mau tak mau aku terpaksa ikut cakap dia .Alamak satu tiub naik bertiga dan mengelongsor ler aku walaupun tak berani bukak mata.Tau2 dah sampai kat air.Bila dah naik gelongsor yang tinggi tu dia ajak pula naik gelongsor yg agak rendah sikit.Tu pun aku takut. Aku try dulu naik dgn hubby dan dia, bila agak2 dah berani baru le naik sorang2.



IKUTI KERENAH AKU BERTIGA NI>>>>>>




                         syafik jangan cakap ler.....berani dia setelah berfikir 1000x


ha ..masa ni aku dah berani naik sorang-sorang

                                 tak nak mandi bolih ler duduk santai-santai kat sini  


                               naik dengan syafik dulu. apa-apahal kalau tersangkut pun      
tak malu sebab ada kawan


cuba naik dengan hubby dulu        

ibu n anak..dia tak de kawan mandi terpaksa ler melayan kerenahnya 
 

BERBUDI PADA TANAH

Rabu, 1 Disember 2010

tenguk tu nangka tu terintai2 nak keluar.
T shirt aku jadi mangsa tuk membalut nangka

  
nangka makin membesar, kertas pun naik koyak 


 
                                geram kan tenguk buah2 nangka ni........              


Ni aku tengok pokok nangka pulak yg berbuah banyak. Nangka madu ma....manis giller...Dah pernah merasa dulu sekali. Jangan ingat kt kg je ada kambing gurun, kat sini pun ada.Orang yg lalu lalang ni memang geram tengok buah nangka aku ini. His...jangan cuba2 nak usik ye. Walaupun aku kejap2 balik rumah sana, tapi aku tetap memantau perkembangan buah nangka.

BETUL LER ORANG KATA "TAK RUGI BERBUDI PADA TANAH" lambat laun kita dapat hasilnya.......                          

SAAT KU DIIJAB KABULKAN

Sabtu, 27 November 2010

                                   saat ini aka sudah sah menjadi seorang isteri   

14hb Dec,.......bakal tiba. Ada apa ye pada tarikh tu...........?Tarikh keramat ke. Entah kenapa tetiba ingat tarikh tu pulak. Tarikh harijadi pun kekadang terlupa.

Sebenarnya 14dec. adalah ulangtahun perkahwinanku. Hidupku bahagia walaupun cuma dikurniakan sorang putera. Syukur kehadrat ilahi. Ada tu pasangan yang langsung tidak dikurniakan zuriat. Masih lagi aku teringat selepas berkawin aku terpaksa duduk berasingan. Aku bekerja di sini dan suami di n9.Tiap hujung minggu berulang alik ler dia balik Muo.

Aku lalui hidup bersendirian, sepanjang tempuh aku mengandung. Aku tabah mengharungi tu semua sebab kehidupan lum stabil sayang nak berenti kerja.Semasa usia anakku setahun setengah barulah suamiku dapat bertukar kesini. Dan sekarang aku pun dah jadi surirumah sepenuh masa.Diam tak diam dah tiga tahun aku berhenti kerja.Bersyukur lah dengan kehidupan sekarang, walaupun tak semewah mana............................... 

NAK BAGI HADIAH APA YE

Isnin, 15 November 2010

                                                             motor  kesayanganku

N3 kali ni nak cakap pasal hadiah ler....Perlu ke mak bapak bagi hadiah untuk anak..? Misalnya hadiah harijadi ke..hadiah atas kejayaannya ke dll.  Ni anak aku mintak hadiah sbb dapat 4a. Patutnya tak dpt hadiah kan sbb bukan 5a. Aku pun tanya nak hadiah apa.

Ada ke banyak2 hadiah dia mintak basikal jaguar yg sekarang memang budak2 tengah pakai. Nak wat apa , basikal yg ada pun tak guna. Bukan cantik pun jaguar tu, cam basikal orang dulu2.  Daripada basikal ambik je ler motor kesayangan aku kat atas tu. Dah besar tak kan nak main basikal.

Last2 dia pikir, ah nak PS 2 ler. La PS 2 pulak. Kat rumah kan dah ada PS 1.   Dia kata nasib baik kita tak mintak PS 3. PS  3 mahal bu dia cakap.  Ok lah anakku...PS 2 bolih ler. Kesian pulak kalau tak bagi kan. Kalau dia tak mintak ngan , nak mintak dgn sape lagi  . Ha  nanti layan PS 2 tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

DAH BESAR ANAKKU

Rabu, 10 November 2010

Esuk 11-11-2010 seawal jam  10 pagi keputusan UPSR akan diumumkan. Anakku adalah salah sorang dari ribuan calonnya.Walaupun keputusan upsr bukan hala tuju dimasa depan tapi kalau anak mendapat 5A dalam pepereksaan tersebut  adalah menjadi kebanggaan kedua orang tua.Aku cakap upsr bukan hala tuju dimasa depan sebab ada sesetengahnya bila naik kesekolah menengah prestasi terus menurun.

Diam tak diam sudah tujuh tahun anak aku dialam persekolahan. Rasanya masih lagi aku teringat hari pertama aku menghantar dia ke sekolah tadika dulu. Aku terpaksa jadi anak murid juga sebab kena tunggu sampai dia balik.Hari kedua macam tu jugak, tapi aku tak tunggu dalam kelas.Aku duduk kat luar sebab kejap-kejap dia mengintai kat tingkap samaada aku ada ke tidak. Hari ketiga aku tunggu gak, tapi sekejap je. Dia suruh aku balik pulak .Dah dapat kawan katanya.

Dan Jumaat 19 Nov pulak mungkin adalah hari terakhir dia berada dialam sekolah rendah. Insyaallah panjang umur tahun hadapan akan menduduki alam sekolah menengah pulak. Dah dewasa anakku. Membesar di depan mataku. Aku pulak yg rasa sedih mengenangkan dia akan meninggalkan sekolah rendah dan juga kawan2 sepembelajarannya. ANAKKU ......MOGA IBU DAN AYAH DIPANJANGKAN UMUR DAN DAPAT MELIHAT KAU BERJAYA DALAM HIDUP DAN MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA.

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung