SEDIKIT PERSIAPAN UNTUK MAJLIS YASIN

Khamis, 29 September 2011

Malam tadi aku sempat membeli sedikit keperluan untuk majlis yasin di rumahku pada malam ahad ni.Jamuan ala2 kadar je.Sebab dah banyak kali ustazah berpesan jangan menyusah2kan diri masak itu ini untuk majlis yasin.Bimbang org lain akan merasa rendah diri kalau tidak dapat membuat apa yang orang lain buat.Tujuan dia berkata begitu supaya tiap2 buah rumah mengizinkan rumahnya dikunjungi utk bacaan yasin.Besar pahala...allah akan menurunkan cahaya dalam rumah kita.Satu lagi usaha yg kumpulan yasin aku buat untuk tidak menysahkan tuan rumah..ialah dengan membawa sepiring kueh.Tapi cara begitu juga mendatangkan tidak keselesaan kepada yg dtg tapi tak bawak apa2.Jadi sekarang kita kutip rm2 sorang.Dan duit tu kumpul2kan belikan kueh utk rumah .Kalau kat tempat aku malam Jumaat tak leh diganggu sebab yasin kat surau @ masjid.Kat surau pun telah dibagi2 giliran membawa juadah untuk membasahkan tekak.
beli le sedikit bawang merah, bawang putih n kentang
beli beras sekampit
Biasa ler kan dah adat orang timur ....kalau tetamu datang mesti dihidangkan sesuatu.Aku rasa nak masak nasi putih n menu simple2 je.Pada aku setakat masak untuk makan 30 ke 40 orang biasa je.Janji ayam ataupun daging ada orang yg mengelolakan.Tinggal masak ok je.Ada sesetengah orang malas nak wat majlis2 kat rumah sebab takut rumah bersepah atau apa....tapi aku suka orang datang rumah aku.Penat sikit tak apa.
senang beli cawan n pinggan kertas je
sedikit ole2 untuk tetamu
Cenderahati tu tak salah kalau kita tak bagi pun.Saja suka-suka. Kalau kita da rezeki lebih apa salah dikongsi bersama.Nilai dia pun tak berapa sen sangat.Aku dah siap masukkan beg sorang2.Buat kerja sikit-sikit agar tak kelam kabut.
                                    ni je isi dalam beg tu.....

PROJEK DAH BERMULA

Rabu, 28 September 2011

Projek mega dah bermula.Pagi tadi berkesempatan menjengah kejap kat kampung.Sebenarnya start hari Isnin dia orang dah angkut barang-barang keperluan kemari dan mula buat kerja.Tapi disebabkan faktur hujan, tanah yg lembik dan apa ye orang panggil JCV ke kapal korek ke apa ler yg asyik terbenam je..menyebabkan kerja2 ni rumit sikit.12 lubang yg digali aku tenguk kesemuanya dah cam kolam.Tu dia org mengunakan pam utk menyedut sedikit air.kalau cuaca panas mungkin situasinya tak begini.Layan je gambar2 yg sempat aku ambik..

SALAH KE AKU TAK MENOLONGNYA

Khamis, 22 September 2011

Kira-kira pukul 11 pagi tadi waktu aku tengah bersembang dengan jiran sebelah, ada seorang lelaki memasuki perkarangan rumah.Usia dalam 30an.Dia nak pinjam duit sebab tayar kereta dia pecah.Dia tunjukkan aku kereta dia yg tersadai atas jambatan kedua tu.Memang betul ada sebuah kereta proton kat atas jambatan tu. Aku tanya dari mana.Dia cakap dari KL nak ke Pontian.Aku cakap takkan jalan jauh tak bawak duit.Aku suruh dia talipon ler sedara mara ke apa.HP tak  ada dan tak ingat no sesiapa. Pelik gak.

Macam rasa kesian dan tolong dia.Aku bincang n jiran aku dan sepakat nak keluarkan sorang rm50.Sebab dia cakap tayar 2nd rm100 boleh dapat.Dia janji akan datang lagi dan bayar duit tu. Belum sempat aku bagi duit tu hubby n hubby jiran aku sampai.Dia orang keluar ronda tadi. Hubby bwk org tu ke balai. Aku pun ikut.Dengan hubby dia cerita lain pulak.Mula-mula tayar dia satu pecah kat Seremban.Dah tukar tayar dia tidur kat masjid Linggi .Kat masjid Linggi sportream dia empat2 kena curi orang. Pastu sampai sini tayar pecah lagi..eh, lain macam je orang ni.Hubby cakap awak belah je ler dari sini....Cerita dia dah mengarut-garut. Bila orang tu dah pergi, terpikir pulak aku kalau dia betul2 dalam kesusahan macam mana......Kalau terkena kat kalian semua perlu ke dihulurkan pertolongan.

HUJUNG MINGGU YANG SIBUK

Jumaat, 16 September 2011

Nak pergi mana....picnik ke ?Siap bawak tikar semua. Tak ada lah, sebenar Jumaat, Sabtu n Ahad ni padat dengan segala majlis.Pagi ni jamuan raya & marhaban kat surau. Lepas zohor rewang sebab esuk ada majlis bertunang anaknya. Malamnya sambung marhaban lima buah rumah, termasuk ler rumah aku.Rumah aku giliran keempat...pengalaman yg lepas2 org pun tak makan sangat bila dh masuk banyak rumah.Jadi aku wat menu ringkas jer ler.Tu yg bwk bekalan tikar dan air dari rumah sini. Zalim aku kan malam2 dihidang air gas n air kotak je.

Sambung petang Sabtu  g majlis bertunang  & marhaban. Malam Ahad marhaban lagi empat buah rumah. Keletihannya belum2 dah dapat ku bayangkan. Ahad 3.30 ptg lagi marhaban tempat jauh sikit kat kg BAHAP (terkenal dgn banjirnya bila hujan sikit) di Telok Rimba. Sebenarnya kunjungan marhaban ni bukan ler nak menyusahkan tuan rumah dengan menyediakan pelbagai juadah. Tujuannya hanya utk mengeratkan silaturahim..ye ler kalau hari2 biasa kadang2 kita tak berkesempatan nak datang rumah dia orang..........

XTVT MERENDANG

Khamis, 15 September 2011

Esuk pukul 10am kat surau ada jamuan harirya merangkap majlis marhaban. Jadi petang tadi aku meluangkan sedikit masa mengikuti xtvt merendang daging kat rumah salah sorang kawan aku.Kerja masak memasak ni dibagi2 kumpulan ni masak ayam, yang ni masak ketupat, ada yang bahagian masak mee dan buat air. Jadi tak ler berat sangatkerja2 memasak ni...
tenguk jangan kata aku cuma jadi penonton je..
 masak kat belakang rumah Pn Mas..dia org wat rendang ditumis dulu
kuali satu bergilir-gilir mengacau rendang tu
sambil bergosip2....tu yg aku suka
                  sementara kaum perempuan memerah santan...giliran En Mansor mengacau..............

SEKEPING GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA

Rabu, 14 September 2011




                         som....dua tin camne..kesian dia

KENANGAN AIDIL FITRI

Jumaat, 2 September 2011

N3 kali ini hanya memaparkan gambar2 hariraya bersama adek beradek, suami n anak. Maklumlah kami hanya dapat berkumpul bersama adek beradek di pagi raya dua tahun sekali.Jadi dikesempatan ini sempat ku rakamkan gambar2 kenangan ini.....
keluarga kecilku
                                                                                                         Bersyukur kerana kami semua dapat berkumpul di rumah pusaka peninggalan orang tuaku.Walaupun tidak seselesa mana kita orang semua gembira.  
                                                          di halaman rumah pusaka
                                                                      kakak sulungku
kakak kedua
                                                                              kakak ketiga
                                                                     kakak keempat ( KAK KAY)
Wong Khoo Lai...adek

bersama adek Pn Kalsom
                                                                  bersama Mummy Gee
                                                                    adek bungsu Mama Miraki

Syukur kami sembilan beradek masih ada lagi semuanya....walaupun masing2 dah berkeluarga, jika ada kesempatan kami semua dapat berjumpa. Moga dipanjangkan umur dan dapat berkumpul lagi di aidil fitri tahun hadapan walaupun bukan di pagi raya. AMINNNNNNNNNNNNNNNN

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung