MABUK DAUN DIA NI

Isnin, 31 Oktober 2011

Tenguk kacang botolku yang hidup subur merimbun, lebih2  lagi bila hari2 kena hujan.Orang  kata kalau nak bio pokok tu mengeluarkan buah yang banyak kita kena buang sedikit daun-daun tu. Jadi tak mabuk daun.Dan kebetulan aku teringat arwah mak pernah masak pucuk daun kacang panjang atau pun kacang botol.Aku pun pernah makan.Biasa orang masak bening (masak air)
subur kan

 Aku pun ikut petua tu dengan memetik daun-daun yang muda.Esuk tengahari aku nak masak daun ni. Sambil2 tu aku belek-belek jugak kat celah2 daun tu kot2 dah mengeluarkan bunga. Ha tepat sangkaan aku ia dah mula berbunga.Kacang botol ni aku tau kalau dah mula berbuah, buah dia tak putus-putus.
 
ni ler bunga dia
Dan kat mangkok tu pucuk-pucuk muda yang aku kutip. Kalau ko orang semua memang anak kampung jati tentu tau orang panggil daun kacang ni "BAYONG".Untuk yang tak pernah makan cuba la.......

ADA SAPE_SAPE YG MENGIDAM

Khamis, 20 Oktober 2011

Hari tu dah wat n3 pasal buah nangka kan. Ha..malam tadi tibalah saatnya  "mengoperate " buah nangka yg bulat lagi beso tu. Dimulai dengan bismillah....hubby belah nangka ni.Oh dunia..lihatlah. Ini lah nangka hasil peninggalan kedua orang tuaku.Pokoknta tak ler besar mana, tapi selalu mengeluarkan buah.Agaknya ini lah salah satu tarikan agar anak cucu sudi menjengah rumah pusaka peninggalan arwah.
 
ehmm...kuningnya.biasa durian kunyit.tapi ni bukan nangka kunyit
ni aku simpankan untuk adindaku
                                                      jemput makan

ADUHAI NANGKA

Rabu, 19 Oktober 2011


Wahai nangka....kenapa ler ko tak masak semalam. Kekandaku semalam jauh2 balik dari Kota Tinggi tak dapat menghidu keharumanmu menyebabkan dia petik yang lain .. Pagi tadi aku balik, tinjau-tinjau kat pokok ada bau pulak.Agaknya kalau dah  bukan rezeki..nak buat camne. Dan kalau dah nama rezeki untuk aku ,aku terima aje ler.Tenguk ni baru petik pagi tadi dah berair2 menandakan dah masak sangat.Nampaknya rezeki buah nangka ni ku kongsi n jiran tetangga sahaja

MAKAN SATA vs OTAK_OTAK

Sabtu, 15 Oktober 2011


Hidangan makan malam tadi.Biasa ler kalau makan kat sini menu2 camtu ler yang orang order.Sebelum hidangan sampai OTAK2  n SATA di anto dulu. Tak nak ler cerita pasal menu diatas tapi nak kongsi sikit cerita sewaktu aku tengah melayan tekak. Lebih kurang camni ler..Dua orang pelanggan baru sampai dan duduk di meja belakang aku. Cepat2 tokeh kedai tu datang sbb kenal pelanggan tu.Mula ler tokeh tu bersyarah..


Tokeh: Aku x puas ati ler bajet 2012 ni.Tak de satu pun untuk aku.

Pelanggan : dgn nada malas menjawab, tak ler aku x mengikuti sangat

Tokeh: Tenguk ler aku x keluar mengundi pilihanraya nanti , dan memang aku x pernah mengundi

Pelanggan: Jgn camtu Pak cik, mengundi tetap mengundi walau pak cik pilih sapa


Tokeh: camne aku nak ngundi, kalau calon pun aku x kenal. IC bini aku tu aku dah pegang.Tak bagi dia
            mengundi nanti.Bini aku tu baru dibagi kain batek sehelai oleh UMNO dah lupa daratan.
            Menyokong je UMNO.


Tokeh: membebel lagi.Tenguk cucu2 aku kecik2 aku anta Tadika cina.Dah boleh main FB. Tadika Kemas
            x guna. Cuma makan nyanyi..makan nyanyi


Pelanggan : bini pelanggan yg sedari tadi diam menyampuk. "La ingatkan kecik2 pandai ngaji"


Tokeh : lagi satu aku x puas ati, kenapa  perlu ke LHDN untuk isi borang nak dapatkan rm500.
            Kenapa x suruh g JKM ke apa, ni mesti ada muslihat tertentu


Toekh : bersyarah lg walau pelanggan tu cuma main angguk je. "Tenguk warung ni, dulu pakai 
             khemah je (cam khemah org kawin) Tapi majlis daerah tak bagi suruh guna khemah besi.
             Beli khemah besi ni nk menguntungkan sape.Knape masa wat tempat makan ni tak sediakan
             bumbung sekali.Dah le sewa mahal.Aku memang tak suka sangat dengan pemerintahan ini.
             Ya allah..dh melalut2 pak cik ni.Kalau aku jadi pelanggan tu blah je cepat.org dtg nak makan.


Hubby dh panas telinga dia dengar tokeh tu bersyarah cepat2 suruh budak ambik bil.Dari apa yg pak cik tu leterkan aku tahu jiwa dia lebih memihak kpd pembangkang.Tapi dia seorang tokeh kedai..patut dia x leh cakap benda2 macam tu...nanti kalau pelanggan tak suka dia tak akan masuk lg warung tu.Warung dia ni  warung No....(x perlu sebutkan ler) kat medan ikan bakar Sabak Aur...


Anda sekelian pikir2 ler...apa agaknya yg pak cik nak kan agaknya dari KERAJAAN.









 

TERIMA KASIH ADIK MANISSSSSSSSSSSS

Jumaat, 14 Oktober 2011


Untuk apa ye aku uploadkan dua bujang pinggitan tu.. .....tak de maknanya wajah2 ko orang menghiasi blok ini.Tapi disebabkan aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada gadis sunti di tengah tu, dan tak ada gambar lain aku nak load jadi wajah ko orang berdua tumpang sekaki ler ye.Untuk apa nak ucap terima kasih pada si SHASHA ye . Sebenarnya dia telah berjaya mengodek2 blok aku yang entah tiba2 hilang je x leh bukak. Aku cuba buat tak boleh..minta ihsan dua orang adindaku tak berjaya jugak.Jadi kira TAHNIAH ler wat shasha ye sebab dia berjaya...nanti cik mek belanja gula-gula ...

SIAP JUGA AKHIRNYA

Sabtu, 1 Oktober 2011

Akhirnya setelah bertungkus lumus siap juga menu untuk majlis yasin malam ini.Semuanya adalah hasil sentuhanan tanganku sendiri.Menu untuk malam ini ialah sambal goreng,rendang ayam, kari daging dan masak lemak nenas+ ikan masin. Dihiasi dengan sedikit pencuci mulut karipap, kole kacang n donut.Penyejuk tekak dah tentunya air sirap yang sangat2 sejuk dan kopi o panas2. OK SELAMAT MENJAMU SELERA....untuk kaum kerabatku ambik bau je ler ye dari jauh.Agaknya masing2 tiada kelapangan sebab tu tak berkesempatan untuk ke mari. 

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung