BUKAN ANTI SOROK

Isnin, 31 Januari 2011


 Jam sudah menunjukkan pukul 12.35am.Tapi mata aku tak ngantuk lagi ni.Nasib baik anak aku pun tengah layan PS2.Jadi aku ada kawan berjaga.Hubby dah lama hanyut.Bukak FB tak de orang on9.Wat n3 xtvt aku siang tadi ler.Ye lah dah dikatakan blog ini diujudkan untuk suka2.Jadi apa-apa yg aku nak tulis tak de sape nak larang.Petang tadi aku ke Astaka dengan tujuan utama nak cari minyak masak.Tapi bohong ler kalau dah sampai supermarket tu semata-mata nak cari minyak aje.Pusing-pusing minyak yg biasa2 cam cap buruh ke seri murni langsung tak ada.Yang ada tah brand apa-apa.Aku tak suka.Last2 terbeli ler barang yang diluar dari senarai nak dibeli.


barang yg tak seberapa ni pun bernilai RM200++.keciknya nilai mata wang
Sampai rumah aku mula ler operasi barang-barang kat dalam kabinet tu.Selalu kalau belanja main sumbat-sumbat je.Kalau "SARJAN SAJI" check rumah aku mesti kantoi.Pernah tenguk tak rancangan tu atTV3.Rupa-rupanya bila aku keluar2kan banyak lagi stok barang-barang ni.

 ha tenguk tu..bila disusun. Tadi barang-barang ni aku beli jugak


 span, berus baju, penyepit baju dan berus gigi.Aku bukan anti sorok ye


dan ini ubat gigi ada empat kotak lagi.Ada sesiapa nak beli sabun buku ni

check kat kabinet atas, stok ni pun banyak lagi.Tah2 sardin tu dh expired kot.
                   cuma ni je yang aku tak de stok.Betul2 tinggal sebotol

Rasanya ok ke cara yang aku buat ni.Simpan stok banyak-banyak.Tapi ada kebaikkannya juga aku rasa.Kalau tengah-tengah malam kehabisan barang, tak payah berkejar ke kedai.Cuma keburukkannya kadang-kadang barang tu dah expired kia tak perasan....

DINNER KAT MANA.....

Sabtu, 29 Januari 2011

 Seharian hujan je ye...dari pagi jejak ke malam.Kalian semua makan malam kat mane.Hari ni sebab aku gantung periuk dari sarapan pagi, makan tengahari beli je.Dan untuk makan malam aku makan kat Thailand.Jauh ye aku makan.Sampai Thailand.Selalu kalau makan Thailand melintas depan rumah je.Tapi kali ni pergi tempat lain ler, sebab makanan thailand ni dah macam cendawan tumbuh.

                                     baru sampai posing dulu.boring hubby ....

ni ler kedai makan yang aku tuju.suasana masih lenggang

sabar menanti hidangan

senyum....tapi dalam hati lambatnya

 hidangan dah sampai...tapi belum cukup.syafiq tak sabo2

Untuk menu malam ni aku makan nasi putih, tomyam ayam, kailan ikan masin,ayam goreng kunyit, telur bungkus, udang goreng tepung dan sambal udang.Seimbang tak makanan aku ni macam susunan pyiramid tu.Minuman biasa ler walau ujan ke apa tetap tea o ais.
 

ya ampun ..licin
 
                             syafiq...orang dah berenti makan dia on lagi...

HUJAN...ANGKAT JEMURAN

Jumaat, 28 Januari 2011

Cuaca hari ni tak stabil.Kejap hujan kejap berenti.Jadi kain jemuran aku yang jadi mangsa.Entah berapa kali aku angkat, sidai, angkat, sidai .Kali ke tiga aku biarkan aje, sebab aku ingat hujan tu kejap .La rupa2nya kali ni lebat pulak.Habis basah semula kain baju tu yang pada mulanya hampir2 nak kering.Aku angkat dan spin semula.Bila hujan dah teduh ,sidai balik.Tapi kuasa tuhan tak ada siapa dapat menghalang.Kalau ia kata jadi maka terjadilah.Hujan lagi.Tak lebat, tapi hujan panas pulak.Gambar kat atas tu adalah sidaian kali kelima.Aku tawakal aje...kalau kering, kering ler.Kalau basah tak apa nanti aku cuci semula.Dah malas nal layan kain baju tu.Anda tentu pernah mengalami situasi sebegini kan.Tahap kesabaran tergugat juga.....

TERUNG BERMACAM TERUNG

Jumaat, 21 Januari 2011


 Terung, bermacam terung, ada panjang ada bulat ada lonjong.(ikut rentak Jalil Hamid nyanyi lagu ayam ye).Ni aku nak cakap pasal terung, bukan lagu terung.Jiran sebelah rumah aku ni banyak tanam sayur-sayuran.Salah satunya adalah terung.Pokok-pokok tu dah mengeluarkan hasil pun.Banyak kali dah dia sedekahkan terung tu kat rumah aku.Dia ada tanam lima jenis terung tak silap aku.Gambar2 kat bawah ni adalah hasil pemberiannya.Sebiji terung aku dah termasak.Warnanya purple cam terung biasa, tapi besar macam betik eksotika.Baru pertama kali aku nampak terung species tu.Sayang aku tak sempat nak ambik gambar tuk tatapan kalian.Kalau masak sebiji dah satu mangkok.Layan ler gambar-gambar ni>>>>>>>>>>>>

                                    terung lonjong berbatik-batik

                                 ni terung yang biasa kita lihat

                            terung bentuk buah epal.Pernah tenguk tapi yang warna purple.
                            Yang ni memang warna dia cam ni.

Sebenarnya ada lagi jenis2 terung yang lain ye, seperti terung telunjuk, terung pipit dan mungkin ada lagi yang diluar pengetahuan aku.................

CERMIN LER DULU MUKA....

Rabu, 19 Januari 2011



Wah...tajuk macam marah je.Sebenarnya tak ada kena mengena dengan tajuk di atas.Saja buat-buat kontroversi.Ko orang tau tak nama pokok ni.Agaknya ada yang tak pernah tenguk dan hidu baunya kot.Sejak aku kecil setau aku namanya "pokok cermin".Entah kenapa dipanggil pokok cermin aku pun kurang arif.Bau daunnya sedap.Rasa-rasanya kalau g nursery nak cari pokok ni pun susah sekarang.Orang dulu-dulu suka tanam pokok ni kan sebaagai hiasan.

Satu lagi aku rasa pokok yang dah susah nak dapat ialah pokok delem.Orang jawa dan seangkatan dengan aku tau ler pokok ni.Daunnya zaman dulu-dulu digunakan untuk bagi wangi pada pakaian yang kita basuh.Ye ler dulu mana ada softlan, downny dll.Jadi pada bilasan kain yang terakhir tu kita ramaskan daun delem ni, dan campurkan kat air.

Ni ler n3 meraban aku tuk malam ni sebelum tidurrrrrrrrrrrr 
 

HANTAR ANAK LAGI

Sabtu, 15 Januari 2011

Jumaat 14 Jan,keputusan SDEA diumumkan.Pukul 4pm aku n hubby menuju ke sekolah.Aku tenguk Guru Besar baru turun dari kereta.Agaknya baru balik dari PPD.Aku terus mengikutinya dari belakang.Boring rasanya cikgu tu belum standby lagi dah ada ibu bapa datang.Memang aku orang pertama yang datang ambik result.Syukur alhamdullilah lulus.Lepas tu berkejar ke kedai nak cari uniform dia ,kemeja putih lenggang panjang n seluar cokelat, sebab esuk dah kena daftar untuk ke sekolah khas.

Dan pagi ni buat pendaftaran.Sekali lagi Guru Besar tu boring tentunya sebab pintu pagar belum bukak ,dia pun baru sampai tapi dah berderet ibu bapa menunggu.Ye lah kata daftar pukul 8,alih2 cikgu pulak yang lewat.
 
bakal imam muda.Apalah yang bermain difukirannya
Bila dah nak pergi sekolah cuba kasut....alahai tak muat pulak.Aku memang tak belikan kasut.Ingatkan kasut tahun lepas ok lagi.Kasut baru kat rumah sana pulak. Camne ni.Cepat betul pembesaran kaki dia.
 

ni ler kasut yang aku ingat masih muat lagi
Macam mana ni.Tak kan nak pakai selipar.Dia dah tarik muka masam 360 darjah.Terpikir ada kasut kerja hubby yang lama.Aku suruh dia cuba.Ha..ok ngam pulak.Pakai je lah nak untuk sementara.Nanti ibu beli.

 

 kasut hubby .Pakai je lah....

Settle....masaalah.Jom pergi sekolah.Sebelum tu posing dulu.Senyum ler sikit.Monyok je.

 

ibunya yang ceriakan...perasan
                                  bersedia untuk ke sekolah.........

SEJENAK DI.......

Khamis, 13 Januari 2011

 Pagi tadi aku balik ke Poskod 83500.Tujuan utama g ke Peladang.Tentu kaum kerabatku tau kalau ke peladang ambil apa kan.Pas tu persinggahan tetap aku kat kedai makan dekat2 kubur tu.Aku suka roti telur .Alamak abang yg tebar roti demam pulak, so makan mee hoon n ayam goreng je.Persinggahan kedua dah tentu ler kat Homestay Hj. Omar.Sampai-sampai je hubby terus kait kelapa-kelapa kering, sebab geram sangat ni kelapa dah mahal, pastu tak ada pulak.Aku tak gemar guna santan kotak.Kemudian tinjau2 keliling rumah.Alamak sedihnya keliling surau dia orang dah bubuh batu -batu putih menyebabkan laman kita jadi cam bendang.

baik-baik bang nanti kena kepala pulak

tenguk tu longgokan batu-batu putih
dah macam sawah padi.air bertakung tu yg rumput cepat naik
rumput ni memang tak mati kalau diracun.Kena cabut gak
kesian my hubby

ya ampun...betul2 cam sawah padi
Lepas tu tinjau kat dapur pulak.Eh ye tak ye dah kait buah kelapa nak parut dengan apa.Jadi.....malu ler nak cakap...ala kena cakap ke ni.Maka dengan rasa tak malu cakap n hubby bawak je parut kelapa tu daripada berkarat kat kg.Hubby pun buang karat tu, sampai rumah nanti cat semula.Jangan mare kaum kerabatku.Ko orang pun bukan tau parut kelapa.
 

buang karat-karat tu dulu bang

Last sekali info ni khas ditujukan untuk mummy gee.Tempayan kat bawah ni ko tak nak ambik ke.Ada sentimental value ni.Boleh letak kat laman ko yang ala-ala Bali gitu.
 
                               entah-entah ada harta karun bawah tempayan ni

Ok lah....kaum kerabatku, dah layan gambo2 di atas ada sesiapa yg nak buat sesuatu untuk kecantikkan halaman Homestay Hj Omar tu.Para sponsor dialu-alukan.Calling me.

YANG MEMBOSANKAN

Selasa, 11 Januari 2011

Hari ini Johor cuti kan. Jadi aku n hubby ambik kesempatan nak ke Melaka atas urusan seri paduka baginda . Mula-mula aku menuju ke rumah kakak ipar di Sg. Udang sebab nak ambil dokumen-dokumen. Sampai sana cerita-cerita sikit pas tu bertolak ke Wisma Negeri di Air Keroh.Rumah ni dulunya merupakan sebuah rumah Melaka yang comel.Tapi dek kerana arus pembangunan ianya dirobohkan dan terbinalah sebuah rumah batu.
 
rumah kakak ipar di Sg. Udang

 syafiq dengan wajah yang teramat boring

Sebenarnya pergi ke Pejabat Tanah di Wisma Negeri ni sebab ada sedikit masaalah pasal geran tanah pusaka .Ni tanah pusaka adik beradik hubby.Nak harapkan yang lain-lain suruh uruskan payah ler...Tanah ni masih bernama bapak hubby lagi.Sebab ada orang nak beli tu ler baru nak urusan tukar nama.

bangunan Wisma Negeri yang cantik
Selepas siap urusan di sini dia suruh pergi ke Pejabat Pusaka Kecil.Lah kena pergi kat Jalan Peringgit pulak.Jauh jugak tu.Dengan penuh keyakinan hubby terus kesana.Eh..tak kan sekejap pulak urusannya, sebab dia dah pergi kat kereta.Dengan muka yang mencuka rupa2nya pejabat tu dah berpindah ke pejabat tanah menurut kata staff kat situ.Ini bermakna kena g Wisma Negeri semula.Sampai kat situ dia kata bukan kat pejabat tanah tapi pusaka kecil tu kat Wisma Persekutuan pulak.Ya..ampun kenapa susah sangat nak berurusan  ni.Sekali lagi hubby menyumpah pekerja kat situ (dlm hati la)

                    bangunan Wisma Persekutuan destinasi terakhir

Sampai kat sini aku n syafiq malas nak turun.Tunggu je dalam kereta.Dah le cuaca panas, penat aku pusing sana pusing sini walaupun aku cuma jadi mem kat sebelah.Aku tau tahap kesabaran hubby tergugat juga gara-gara info yang kurang tepat oleh kakitangan berkenaan.Bayangkan lah kalau orang tua yg kena macam ni, terpaksa pergi sana sini.Kesiannya......Niat asal lepas urusan selesai nak ronda-ronda dulu terbantut sebab dah letih dan membosankan.

KEBUN JAMBUKU

Isnin, 10 Januari 2011

Petang tadi aku g melawat ke kebun jambuku yg dijaga oleh budak seberang.Tujuannya bukan apa saja nak makan buah jambu batu yg fresh lagi rangup.Jadi suruh dia orang petik dan pilihkan yang besor2  sikit.
 
ambik gambo kena pakai helmet takut buah jambu gugur

ni buah jambu yg belum besar.Kena balut bio buah dia elok

lebat betul buah2 jambu ni
                       ni ler hasil yang aku dapat.Cukup ler tuk aku bertiga

Seronok kan kalau ada kebun jambu sendiri.Ada sape-sape yang nak melawat kebun jambu aku. Ah tak payah ler ye..kalau ko orang datang aku petikkan je kalau kebetulan buah-buah tu dah sampai masa untuk dipetik. Kah..kah..kah..

SELAMAT TINGGAL HACHIKO

Jumaat, 7 Januari 2011

Tetiba aku teringat cerita ini.Ia terkandung dalam buku teks B. Melayu masa aku di ting satu. Dah lama beno kan.Ceritanya begini.Ia berlaku di sebuah bandar di Tokyo.Seorang lelaki mempunyai seekor anjing yang bernama HACHIKO.Anjing ini sangat setia kepada tuannya.Tiap pagi bila tuannya pergi ke stesyen keretaapi, untuk ke tempat kerja dia akan mengikut dari belakang.Bila tuannya dah naik keretapi anjing itu balek semula ke rumahnya.Pukul lima sekali lagi anjing itu akan ke  stesyen keretapi untuk menunggu tuannya pulang.Begitu lah yang dilakukan setiap hari.

Suatu hari tuannya pergi kerja seperti biasa.Anjing yg setia tetap menghantarnya.Tanpa diduga tuannya ditimpa kemalangan di tempat kerja lalu meninggal.Hachiko yang tidak tahu apa-apa seperti biasa datang ke stesyen keretapi untuk menanti kepulangan tuannya.Bila keretapi berhenti dia berlari2 mencari kelibat tuannya.Sehingga menjelang malam hachiko tetap di situ.Malam berganti siang , siang berganti malam,namun penantian hachiko sia2 belaka kerana tuannya dah mati.Selama seminggu ,setiap kali keretapi berhenti dia akan bekejar kepintu keretapi menantikan tuannya.Begitu lah yang dilakukan setiap hari.

Akhirnya penantian hachiko berakhir apabila suatu pagi penumpang2 yang hendak menunggu keretapi terlihat tubuh hachiko yang sudah tidak bernyawa tergolek di tepi landasan.Mungkin mati kelaparan atau pun tersangat merindui 
tuannya........
 

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Selasa, 4 Januari 2011

Semalam merupakan hari pertama persekolahan.Semua ibu bapa memang terlibat menghantar anak-anak ke sekolah.Dan kebanyakan blog memaparkan n3 anak pergi sekolah.Begitu juga aku n hubby walaupun anak naik ting satu kena hantar jugak.Syafiq bersekolah di Sek Men Keb Parit Bunga (KAA). Dia sepatutnya kena sesi pagi, tapi dari 3hb-6hb kena datang petang sebab minggu suai kenal.So start Jumaat dia sekolah sebelah pagi.Dia pun kurang berminat sekolah sesi petang, sebab meletihkan dia cakap.
 
hari pertama bergelar pelajar sek menengah

pintu masuk ke sekolah
Gambar atas sempat aku snap masa tunggu dia balek sekolah.Sekolah balek pukul 6.45pm.Tapi bagi yang naik bas ting..ting cikgu benarkan balek awal lima minit, sebeb takut tertinggal bas.Sampai rumah aku tanya apa aktiviti hari ni.Dia kat duduk bersila kat dewan dengar cikgu bg penerangan. 2.25 solat zohor, rehat pukul 4pm n solat asar pukul 5pm.Lain2 tu cikgu beritahu pasal displin dan peraturan yg perlu diikuti di sekolah.Dan..apa yang penting aku tanya dah ada kawan ke belum.Lega hati aku  bila dia dah dapat kawan.Ye ler dia sorang2 yang berasal dari sek keb Abdullah. Ok ler hari ni apa aktivitidia gaknya.Nampaknya hari ni aku kena anta sebab hubby tak ada......

SEPETANG DITAMAN REKREASI KESANG

Ahad, 2 Januari 2011

Petang ni aku rasa ditahap bosan maksimum.Aku ajak hubby keluar dari kelongsong yang membosankan. Kemana ye arah tuju.Tak ada kemana....Ronda-ronda berenti kat  "Taman Rekreasi Kesang" Wau! macam best ye nama.Sape-sape yang pernah singgah di sini tau lah apa yang terdapat di taman ni. Yang paling popular replika BECA gergasi.Tempat ni dulu-dulunya dikunjungi ramai orang , tapi selepas adanya laluan lebuh AMJ tempat ni ditinggal sepi.
 
beca gergasi
di belakang aku ni anak sungai untuk kemudahan orang berkayak

Sebenarnya banyak kemudahan di sini.Ada surau, bilek air,taman permainan kanak2 dan gerai2 makan.Masa aku ke sini cuma ada satu je gerai yang dibukak.Tu pun tak ada pelanggan.Agaknya tempat ini tak diselenggara dengan betul tu yang jadi macam ini.

main chak2 disebalik tayar beca

                   kolam yang dulunya cantik dgn bunga kiambang kini lesu                               

NAK TENGOK APA.....

Sabtu, 1 Januari 2011

Ko orang g mane ha malam tahun baru.Wah meriah ye, ada yang lepak2 kat Dataran Merdeka, ada yg tenguk bunga api dari rumah (mama miraki n kak kay) ada yg lepak2 kat kampung je dan sebagainya.

Aku ni yg duk kat muo nak tenguk apa.Kat Dataran Tg Emas tak de dengar pulak ada main bunga api , so duk rumah aje.Last2 layan mata tido.....tak perasan pun detik 12 malam.Tengah sedap tido hp bunyi.Hubby tipon ...nape pulak.Dia tanya nak tengok konvoi bermotosikal tak..dah nak sampai depan rumah.Aku dengan mata terpisat2 selak je ler langsir tengok melalui tingkap bilek.Oh..meriah juga ye.Konvoi bermotosikal dari tangkak menuju ke tg agas dan balik semula ketangkak.Itu aje lah yg dapat aku saksikan di malam tahun baru ni >>>>>>>>>>

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung