YANG MEMBOSANKAN

Selasa, 11 Januari 2011

Hari ini Johor cuti kan. Jadi aku n hubby ambik kesempatan nak ke Melaka atas urusan seri paduka baginda . Mula-mula aku menuju ke rumah kakak ipar di Sg. Udang sebab nak ambil dokumen-dokumen. Sampai sana cerita-cerita sikit pas tu bertolak ke Wisma Negeri di Air Keroh.Rumah ni dulunya merupakan sebuah rumah Melaka yang comel.Tapi dek kerana arus pembangunan ianya dirobohkan dan terbinalah sebuah rumah batu.
 
rumah kakak ipar di Sg. Udang

 syafiq dengan wajah yang teramat boring

Sebenarnya pergi ke Pejabat Tanah di Wisma Negeri ni sebab ada sedikit masaalah pasal geran tanah pusaka .Ni tanah pusaka adik beradik hubby.Nak harapkan yang lain-lain suruh uruskan payah ler...Tanah ni masih bernama bapak hubby lagi.Sebab ada orang nak beli tu ler baru nak urusan tukar nama.

bangunan Wisma Negeri yang cantik
Selepas siap urusan di sini dia suruh pergi ke Pejabat Pusaka Kecil.Lah kena pergi kat Jalan Peringgit pulak.Jauh jugak tu.Dengan penuh keyakinan hubby terus kesana.Eh..tak kan sekejap pulak urusannya, sebab dia dah pergi kat kereta.Dengan muka yang mencuka rupa2nya pejabat tu dah berpindah ke pejabat tanah menurut kata staff kat situ.Ini bermakna kena g Wisma Negeri semula.Sampai kat situ dia kata bukan kat pejabat tanah tapi pusaka kecil tu kat Wisma Persekutuan pulak.Ya..ampun kenapa susah sangat nak berurusan  ni.Sekali lagi hubby menyumpah pekerja kat situ (dlm hati la)

                    bangunan Wisma Persekutuan destinasi terakhir

Sampai kat sini aku n syafiq malas nak turun.Tunggu je dalam kereta.Dah le cuaca panas, penat aku pusing sana pusing sini walaupun aku cuma jadi mem kat sebelah.Aku tau tahap kesabaran hubby tergugat juga gara-gara info yang kurang tepat oleh kakitangan berkenaan.Bayangkan lah kalau orang tua yg kena macam ni, terpaksa pergi sana sini.Kesiannya......Niat asal lepas urusan selesai nak ronda-ronda dulu terbantut sebab dah letih dan membosankan.

8 ulasan:

Mama Miraki berkata...

gitulah tahap dan mutu kakitangan kerajaan ( ni sure ada yang kutuk aku ni..) tapi memang betul..banyak betul komplen...camna nak efisien kerja..kalau lunch time boleh gi tgk wayang...( hahahahaha agak2 ada orang perasan tak ni...) tapi tak semua kakitangan camtu..hanya sebahagian yang kurang peka jer..bagi jawapan cam tu...

Mama Janet berkata...

Mmng nab.Mutu kerja kurang..Ada ke mula2 dia suruh brahim blk dulu.Staf kata nnti dia carikan dokumen tu.Bila brahim tinggikan suara sikit, dia kata ok2 saya bukak fail carian tp byr rm50.Dh byr 50 senang je dia cari.Pastu brahim kutang puas hati dia suruh jumpa boss.Ada ke pegawai tu ckp sy org baru cik, ni orang lama yg buat kerja dulu.sabo je

Ayu Ayunie berkata...

aduh.. patutla tersedak2 kat opis ni tgh2 syok berfb dan berblogging. rupanya ada yg jeles. tpkan, saya sbg pekerja kerajaan pun benci dgn mutu penyampaian perkhidmatan staf gomen ni. Tp, sy idokla tergolong dlm tu kan.. Kalau tak, takdapatla Anugerah Pekerja cemerlang tu.. hahahaha..

Mama Janet berkata...

Eh eh awal-awal dah ada yg terasa pulak.Hahaha...Anugerah tu sebab ikut sistem giliran kot.Jangan le mareeeeeeeee.

Unknown berkata...

mama--
bab kerajaan..ayu tamo kongsi maklumlah...ayu bukan anti kerajaan....tapi kurang biasa dgn hal2 protokal...

so, bila ke pejabat kerajaan..duk diam3...walau tunggu sampai 5-6 jam..
wawawawa

Mama Janet berkata...

Ayu....mane leh duk diam2 je,kalau kita tenguk staf dok berbual2.Temperature cepat naik ler.

Tanpa Nama berkata...

kutuk2 .....soh dok kat seberang tak nak plak...spesis tak reti diuntung...

Mama Janet berkata...

Bukan kutuk, tapi komen2 yg membina demi menaikkan mutu perkhidmatan jabatan.Bonus mau enggak....

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung