NI LER BENDANYA.....

Khamis, 30 September 2010


SORRY LER BLOG TADI GAMBAR TAK KELUAR PULAK.KESILAPAN TEKNIK.

MARI MENGOPEK KELAPA

KAU ORANG PERNAH NAMPAK DAN MENGGUNAKAN BENDA INI TAK...? ADA YANG DAH BIASA TENGUK DAN ADA YANG TAK PERNAH KAN. SEBENARNYA AKU KAGUM DENGAN JIRAN AKU YANG MENJUAL KELAPA.  .DIA KOPEK KELAPA GUNA NI AJE TAK SEPERTI YANG  SELALU ORANG GUNAKAN.DIA CAKAP LEBIH PANTAS.LETAKKAN BUAH KELAPA BELOK-ELOK PAS CUCUKKAN BENDA YG TAJAM TU KAT SABUT KELAPA..MASA NAK CUCUK KAT SABUT TU RAPATKAN KAKI DIA.BILA DAH TERTUSUK KAT SABUT NGANGAKAN KAKI GUNTING TU LUAS-LUAS. TERKUAH LER SABUT KELAPA TU.BUAT LER BERULANG-ULANG SAMPAI HABIS.BAHAYANYA GUNA ALAT NI KALAU TAK BETUL-BETUL MAHIR MAU TERTUSUK KAKI KITA. KALAU PENGOPEK YANG BIASA   ORANG PUTIH SEBUT (selumbat ) TU KALAU SILAP LANGKAH PULAK BOLIH TERBURAI PERUT KITA. APA-APA KEDUA-DUA BENDA INI BOLIH DIGUNAKAN.


a

DIKOTA TINGGI

Isnin, 27 September 2010

Raya dah lama,jadi tak payah le wat cerita-cerita raya lagi,cukup sekadar paparan gambar-gambar yang aku ambil waktu berkunjung kerumah Puan Maskiah.Menghormati permintaan tuan rumah jadi sikit je gambar yang sempat diabadikan ni. Privacy ma.....


d   

PUSARA ABADI

Khamis, 23 September 2010



Ni agak terlewat sikit nak nak wat n3 kat pusara abadi yang aku, mah, md shah, yin n tanty kunjungi petang sebelum raya. Sbb lum raya tak pakai baju baju melayu pun.....Saja yin ajak pergi nnti pagi raya tak payah pegi lagi. Kawasan kubur adalah zon yg paling menyeramkan zaman aku skolah kat Seri Chantek dulu.Ye ler dulu kubur ni semak samun.Batu-batu nisan kelihatan dicelah-celah pokok pandan.Memang seram you...

Kalau balik sekolah agama, aku ingat lagi.Balik selalau jalan kaki bersama Musleha n Siti Rahmah.Eh..kat mana kau sekarang ye. Bila sampai depan kubur pakat pegang tangan dan lari laju-laju. Bila.melepasi kawasan kubur baru jalan slow balik.Ada satu hari tu dia nak kenakan aku.Dia org kata hari ni tak payah lari.Aku pun ye je le.Bila aku leka tak standby, dia org berdua lari tinggalkan aku.Sampai hati kau buli aku dulu

Bila dia org dah sampai aku jalan sorang2.Ada satu lagi zon yg menakutkan.Lalu kat kebun embah.Ada dua rumpun pokok sagu {pokok rumbia} yg perlu ditempuh.Tah kenapa pokok sagu mmng menakutkan pada waktu tu.Bila lalu kat situ tak toleh pun. sbb org cakap pokok sagu ada "cepet"Bila dah nampak bumbung rmh wak sarkonah baru ler lega sebab ada dah nak sampai rumah.....................

JAMUAN

                                        

Malam tadi hubby ajak g jamuan perpisahan untuk anggota2 yang bertukar ketempat lain.Adalah enam orang yang diraikan.Sebenarnya tak ada apa2 acara yang menarik cuma makan2 n pemberian cenderahati untuk dia orang.Menunya adalah nasi briani n kueh2.Sebenornya aku malas nak ikut, sebab tak ramai isteri2 dia orang yg aku kenal.Tapi hubby paksa aku ikut.Sampai kat sana wau...biasa ler perkep masing2 melaram habis.Malu pulak aku nak snap2 gambo dia org.Cuma ni ye je ler gambo2 yg ada..Kawan aku yg kat atas tu kira aku kenal rapat sebab sama2 dr bukit gambir dulu.....

DETIK CEMAS dan PANIC

Ahad, 19 September 2010

               syafiq bersedia tuk ngap nasi goreng
  

Aku nak ceritakan satu pengalaman lucu, cemas dan agak memalukan jugaklah kiranya.Sabtu lepas aku n family g beraya kat sg. udang rumah kakak hubby. Lepas beraya on the way balik Muo perut rasa lapar pulak, walau pun kat umah dia tadi dah makan.Ingatkan nak naik highway nak makan kat Jaya Jusco Aii Keroh. Tapi agak jauh gak nak masuk highway.Sampai depan Melaka  Central ah... belok je lah kat Jaya Jusco berdekatan Tesco. Lagipun sejak dibuka aku lum pernah pergi lagi.

Masa nak balik le peristiwa yg mencemaskan ni terjadi.Tadi masa nak parking kereta dah ambik tiket.Tak baca pun apa arahan2 yg tertulis.Wat cam pandai je. Tenguk2 tak de pun org bayar parking.Dengan penuh confident hubby pun pandu laju kat pintu keluar tu.Bila cucuk tiket tu kat mc tendang balik.Palang besi tak terbukak pulak.Cucuk lagi 2 3 kali.Tak terbukak jugak.Dah mula panic ni...aku bertiga.Camne nak keluar ni.Tak kan nak tiru MR BEAN tunggu ada kereta keluar ikut sebelah.

Perasaan malu jangan nak kata.Anak aku siap baring nak sorokkan muka dia.Nasib baik le malam, jadi org tak nampak muka kita.Akhirnya tiket tu ditelan namun palang tak terbukak.Kesian my hubby undurkan kereta pelan2 dan parkig tepi bagi laluan kereta lain yg nak keluar.Tapi dia org ingat mesti tiket aku problem.Dia tak terpikir yg sebenonya kita org ni tak tau peraturan. Hubby g kat dalam tanya pada guard.La rupa2nya aku tak bayar parking.Mana le pintu nak terbukak.Padahal masa cucukkan tiket tu aku ada perasan keluar perkataan "UNPAID"Rupa2nya kita kena scan tiket tu dulu...walaupun satu jam pertama parking free.Mana ler aku tau biasanya ambik tiket parking, masa nak keluar bayar je.Hubby ambik tiket lain ckp tiket hilang ,pas scan byr rm1 selamat aku dapat keluar.

Alahai jahilnya aku.Sistem dah canggih aku ketinggalan.Ye ler biasa pusing2 kat Muo je.Kalau org nak ketawakan aku ketawa ler kuat...kuat.Tapi jujur aku katakan saat tu aku bertiga memang betul2 cemas, panik dan malu amat.Moga pengalaman ini tidak berlaku pada anda semua.                                     

POSING SORANG_SORANG

Jumaat, 17 September 2010

   Dah lama aku tak update blog.Masing2 dah cerita pasal raya.Untuk tidak ketinggalan aku uploadkan sebahagian dari  suasana pagi raya pertama.Kau orang semua tak ada kan.Cuma ada tiga family je.Aku nak posing2 pun tak ada kawan.Nasib baik hubby sporting sanggup menemani aku kan. Kalau tak, nampaknya tak ada kenangan gambo raya tahun ni....   Layan je ler photo yg tunggang langgang ni.....                                    ..

MASIH LAKU LAGI KE....

Rabu, 1 September 2010

                                         SIJIL MENAIP YG AKU DAPAT
Nak tanya ni....ada lagi tak jawatan jurutaip JURUTAIP>>>>? Rasa2 cam tak pernah dengar lagi.Abis dipanggil apa ye....sbb skrng org tak guna mesen taip taip lagi.

Walau b"mana pun aku bersyukur kerana memiliki sijil ini.Tak silap aku naik je ting. 4 abah akan hantar anak2 dia belajar menaip.Kalau g parit sulong aku pun tercari2 dimana lokasi kelas menaip tu dulu.Mmng dah tak ujud...tapi kat mana.Masih ingat lagi cikgu yg mengajar tu bernama Maimunah.

Dengan sijil ni ler aku heret setiap kali menghadiri temuduga perkeranian.Tapi sijil aku tu taraf peringkat permulaan je.Patutnya sampai peringkat tertinggi.Sbb tu setiap kali hadir temuduga gagal je......  Kertas A4 tu dulu tu dulu kita org panggil  "kertas taip "Waktu nak belajar beli ler dgn cikgu tu 20 sen.Dapat berapa helai dgn nilai 20 sen aku tak ingat. Waktu tengah menaip memang pantang besar kalau cikgu tu nampak mata kita tenguk pada kekunci.Dia suruh kita hafalkan setiap jari tuk huruf apa.Berkat tunjuk ajarnya lulus ler jugak aku dalam pepereksaan dgn kepantasan 40 patah perkataan seminit.

Tapi sekarang menaip n3 dengan dua jari telunjuk je. Pantas juga kan. Ok ler untuk sesiap yg memiliki sijil seperti aku ini simpan ler tuk kenangan...... Dalam hati masih tertanya2 laku lagi ke sijil ini.....         

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung