MASIH LAKU LAGI KE....

Rabu, 1 September 2010

                                         SIJIL MENAIP YG AKU DAPAT
Nak tanya ni....ada lagi tak jawatan jurutaip JURUTAIP>>>>? Rasa2 cam tak pernah dengar lagi.Abis dipanggil apa ye....sbb skrng org tak guna mesen taip taip lagi.

Walau b"mana pun aku bersyukur kerana memiliki sijil ini.Tak silap aku naik je ting. 4 abah akan hantar anak2 dia belajar menaip.Kalau g parit sulong aku pun tercari2 dimana lokasi kelas menaip tu dulu.Mmng dah tak ujud...tapi kat mana.Masih ingat lagi cikgu yg mengajar tu bernama Maimunah.

Dengan sijil ni ler aku heret setiap kali menghadiri temuduga perkeranian.Tapi sijil aku tu taraf peringkat permulaan je.Patutnya sampai peringkat tertinggi.Sbb tu setiap kali hadir temuduga gagal je......  Kertas A4 tu dulu tu dulu kita org panggil  "kertas taip "Waktu nak belajar beli ler dgn cikgu tu 20 sen.Dapat berapa helai dgn nilai 20 sen aku tak ingat. Waktu tengah menaip memang pantang besar kalau cikgu tu nampak mata kita tenguk pada kekunci.Dia suruh kita hafalkan setiap jari tuk huruf apa.Berkat tunjuk ajarnya lulus ler jugak aku dalam pepereksaan dgn kepantasan 40 patah perkataan seminit.

Tapi sekarang menaip n3 dengan dua jari telunjuk je. Pantas juga kan. Ok ler untuk sesiap yg memiliki sijil seperti aku ini simpan ler tuk kenangan...... Dalam hati masih tertanya2 laku lagi ke sijil ini.....         

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akak pun ada gak sijil taip nie...ngan short hand sekali....asdfg...lkjhj...asdfg..lkjhj...asdfg...lkjhj..ingat lagi tau...terbayang rambut cikgu maimunah.

Kak Kay berkata...

aku rasa jawatan tu dah tak de, kalau ada pun kat Balai Polis Pt Bunga aja, sebab kat situ aja yang ada mesin taip lagi kan...

MSOM berkata...

Mama Janet,
Nostalgik sungguh, mesin taip saya pun dah jadi artifak. Muzium mana yang nak ya? Nak lelonglah.

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung