PECAL atau GADO_GADO

Sabtu, 28 Ogos 2010

                                                bahan-bahan yang telah siap dicelur n goreng

Pernah makan pecal...........? atau kat Indon org sebut gado-gado. Makanan ni mmng  menu kegemaran orang jawa. Namanya pun pe...cal...cam pekat sekali sebutannya kan. Kalau sebarangan org tak reti buat pecal. Nanti mandai-mandai buat jadi rojak petis pulak. Tak pun 
jadi rojak mamak.
  
Sayur-sayuran yg digunakan seperti kangkong, kacang panjang,pucuk ubi,kcng botol ,taugeh dan ikut suka ler. ada yg suka betik dan nangka pun ok gak. Tu semua kena celur.Diantara bahan-bahan diatas tu pucuk ubi yg paling last sekali dicelur.Sbb kalau dia masuk dulu air rebusan tu jadi hijau. Ni kira satu petua.....(padahal semua org dah tahu kan ). Manakala tempe n tahu digoreng.Tak kan nak rebus lak ye nnti jadi youngtaufu.

Kuah pecal tu nak sedap, cili n belacan digoreng.Alergi makan belacan tukar ikan bilis.Pas tu tuk org2 yg tahap kemalasannya maksimum, blend kcng tanah, belacan, garam. ajinomoto sekali. Tapi guna air masak.Gula jangan lupa......sebab kuah pecal yg "umph " hendakleh dia ada rasa pedas2 n manis.Jgn manis sgt ,jadi kuah sate pulak. Dah siap ..tuang kat mangkok.Pas tu rasa ler sikit kurang garam ke apa. Kalau dah ok gaul je lah dgn bahan2 diatas tadi.

Aku tahu dlm family HJ OMAR ni aku yang paling terror wat kuah pecal. Sbb ada sekali tu rmh mummy gee wat open house adalah menu pecal. Tuk bahan-bahan tu ok ler aku tak reject.Tapi kuah dia tak menjadi.....so aku repair ler..tmbh itu ini.Baru ler ada rasa.

OK LAH SLMT MENCUBA WAT PECAL

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masuk bakul tekan lift!!!!!

Tanpa Nama berkata...

sama taraf ngan masuk toilet flush sendiri....wpun kekadang terlupa nak flush

Kak Kay berkata...

aku ni paling jarang buat pecal, setahun tak sekali, kadang2 teringin tapi bila buat makan sendiri, hubby and anak2 kureng tang pecal2 ni, tapi aku suka...masaalahnya malas nak buat

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung