JOM SINGGAH

Khamis, 16 Disember 2010

Pernah singgah kat sini.  "SAWIT CORNER" .Bukan tempat pengumpulan hasil-hasil sawit ye.Ianya adalah tempat menjamu selera.Dah kerap kali aku melalui tempat ini.Kereta sentiasa banyak berhenti kat sini.Tetapi baru semalam dalam perjalanan balik dari PD aku singgah makan sebab nak tenguk apa yang istimewanya sawit corner ni.Lokasi menjamu selera memang betul2 kat bawah pokok kelapa sawit.Tempat dia bersih aku puji.
tenguk tu dia letak banting2 pun kat pokok kelapa sawit

antara menu2 yg sempat aku snap.Malu nak ambik gambar banyak2orang ramai


Yang special kat situ ada cendol n abc yg nampaknya sungguh menyelerakan.Sambil-sambil menunggu pesanan sampai boleh tenguk tv.Agak2 apa risiko makan bawah pokok kelapa sawit ni ye.Menjadi trend sekarang ye kalau minum cendol satu tak cukup leh tambah sendiri.Free


cantik kan lokasinya.Betul2 tepi jalan


bersabar menanti makanan.Budak sebelah tu masam sebab dia dah penat

                   hubby tenang je...gaknya dia membayangkan kat hotel 5*                  
                                   aku n hubby makan nasi lemak kukus n cendol je

Nasi lemak kukus tu memang sedap.Ada ayam goreng panas2,telor, ikan bilis ,sayur kangkung n ikan bulu ayam.Memang tak rugi ler aku mampir kat sini.Agak2 kalau depan rumah kita bawah pokok kelapa sawit tu aku bukak kedai makan ok tak....

5 ulasan:

Mama Miraki berkata...

rasanya cam pernah nampak dalam blog cikgu MS dulu dia minum kat sini...betul tak cikgu.....

Kak Kay berkata...

masa gi melaka aku pun lalu situ, gerai2 bawah pokok sawit, tapi adik ipar aku kata cekik darah, mahal...

Unknown berkata...

MAMA..

kat mana kedai tu ma?
betul ker, harganya mahal...agak takut jugaklah tang cekik darah nie

Mama Janet berkata...

kak kay..mane ada mahal.2 set nasi lemak,2 mangkok cendol n teo o ais baru rm9.

Ayu...lokasinya kat jalan sg udang ke masjid tanah.

Ayu Ayunie berkata...

huhu.. klu blk melaka mesti akan lalu situ nak gi pekan masjid tanah. tak penah makan situ, iwan jela slalu lepak klu nk tgk bola2 mlm..

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung