SENTIMENTAL VALUE

Sabtu, 9 Oktober 2010

                                      syafiq begitu tekun mendengar cerita Wak tuek.  


N3 kali ini aku nak paparkan gambar eksklusif aku.Walaupun tak cun tapi aku tak kisah.Gambar ni belum pernah disiarkan dimana-mana media cetak. Sekarang ni kan tengah panas..panas.. cerita k***n. Jadi untuk tatapan kalian semua...ni ler satu-satunya kenangan yang ada kat aku. Sebuah " cakerok tempat arwah emak gelongsor sementara menunggu  abah kerja. Yang bersama syafik tu adalah Wak tuek teman abah waktu di kebun.Cara berpakaian sebiji abah dengan tali pinggangnya adalah tali rafia. 

Untuk kalian yang memang tak pernah menerjah ke kebun ini , cakerok usang ini dah tak de lagi ye. Jangan pulak datang sini tercari-cari.....pulak. Sebelum terlewat ada masa jengahlah.  

BERTEMU SELEBERITI

Rabu, 6 Oktober 2010

                                                        wajah yang manis dengan senyumannya

Dia bukanlah seleberiti, bukan vvip, bukan datin dan bukan juga yang sewaktu dengannya. (setau aku lah).
Tapi aku begitu teruja dan tak menyangka dapat berjumpa dengannya secara tak sengaja. Mungkin para stokist banyak mengenalinya tapi tidak aku. Suaranya sering kedengaran di corong Radio Melaka (melaka FM ye sekarang ) dalam rancangan SEGMEN TAJAAN. (Oze Marketing)

Aku suka dengar dia bercakap.Bersahaja, kuat ketawa dan suka selang selikan bahasa jawa.Terutamanya dengan juruhebah Fatimah Hamid. Rasa2nya dia ni pun orang jawa kot. Telo dia ada...Bagi sesiapa yang rajin bukak radio Melaka tentu pernah dengar suaranya. Seronok dengar dia berceloteh.

Al kisahnya pagi tadi aku masuk ke kedai Cosway nak beli barang sikit kat Bandar Baru Bukit Gambir. pelanggan tak ramai, cuma ada lima orang bangsa cina dan aku dua orang melayu. Aku pusing2 dulu sambil belek2 barang yang ada.Dia pun sama cam aku tenguk2 barang dulu. Dah berdiri sebelah2 aku pun berbual2 sikit. Bila dengar suaranya aku ,aku cam dah biasa dengar suara ini. Tapi di mana ya....Aku berbual2 lagi.Hati tak puas cam nak tanya ni Puan ni sape. Selepas aku bayar barang yg aku beli, dia pun nak bayar jugak. dengan muka yg tak  takut kalau salah orang aku tanya "Puan ni yang biasa keluar kat radio Melaka ye "
Wau soalan cepumas aku tepat. Dia mengiakan soalan aku. La rupa2nya ini lah rupa wajah Hajah Fadilah.
Orangnya cantik dan berkulit mulus, sesuai dengan barangan yg dijualnya  iaitu untuk kesihatan  tubuh badan.

                  SELAMAT BERTEMU HAJAH FADILAH...

KFC OH KFC

Isnin, 4 Oktober 2010

                                   syafiq tak sabar nampaknya...2ggu ibu buka dulu

PETANG TADI BERBUKA PUASA KAT KFC JE...  SEBAB TENGAHARI MASAK SEMPOI-SEMPOI. HUBBY KATA NAK CARI SEPATU SYAFIQ SEKALI, TU YANG PETANG DIA KATA TAK PAYAH MASAK TUK BERBUKA. HARI TU RAYA SIBUK NAK UPSR ORANG NAK BELIKAN KASUT PUN TAK NAK..NI SEKOLAH NAK WAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR, SIBUK LE DIA MINTAK KASUT.DALAM SIBUK2 DIA ORANG BERDUA  PILIH KASUT KASUT AKU SEMPAT MENYELINAP KAT KEDAI BAJU.PILIH2 DAPAT LE REMBAT SEHELAI BAJU KURUNG PAHANG .NAK PAKAI KENDURI RUMAH DATIN S NANTI.ALA...BAJU MURAH JE.BAJU2 RAYA YANG ARI TU SEMUA DAH PAKAI ........                      

INDAHNYA PANORAMA

Ahad, 3 Oktober 2010



Pemandangan di atas akan dapat anda saksikan kalau anda menyusuri jalan Teluk Rimba ke Sungai Rambai.Memang indah panorama tersebut.Di kiri kanan jalan sawah padi luas terbentang. Di tengah-tengah sawah bukan lagi kita lihat pondok-pondok kecil, tetapi tersergam indah rumah-rumah batu. Agaknya sipemilik tanah ingin menikmati suasana nyaman dikelilingi sawah padi sebab tu dia orang buat rumah kat situ. Kalau lalu kat situ masa padi tengah menguning lagi cantik, tapi kalau lepas orang menuai..ha yg kelihatan asap berkepul-kepul cam pesta membakar sekam  padi. ok sesekali layan le kesini>>>>>>>>>>>
 

Permata hatiku

Permata hatiku

Aku & Dia

Aku & Dia

Keluargaku

Keluargaku

Facebook Mama Janet

time is gold

laman santai


ShoutMix chat widget

Pengikut

pengunjung