SEDIKIT PERSIAPAN UNTUK MAJLIS YASIN
Khamis, 29 September 2011
PROJEK DAH BERMULA
Rabu, 28 September 2011
SALAH KE AKU TAK MENOLONGNYA
Khamis, 22 September 2011
Kira-kira pukul 11 pagi tadi waktu aku tengah bersembang dengan jiran sebelah, ada seorang lelaki memasuki perkarangan rumah.Usia dalam 30an.Dia nak pinjam duit sebab tayar kereta dia pecah.Dia tunjukkan aku kereta dia yg tersadai atas jambatan kedua tu.Memang betul ada sebuah kereta proton kat atas jambatan tu. Aku tanya dari mana.Dia cakap dari KL nak ke Pontian.Aku cakap takkan jalan jauh tak bawak duit.Aku suruh dia talipon ler sedara mara ke apa.HP tak ada dan tak ingat no sesiapa. Pelik gak.
Macam rasa kesian dan tolong dia.Aku bincang n jiran aku dan sepakat nak keluarkan sorang rm50.Sebab dia cakap tayar 2nd rm100 boleh dapat.Dia janji akan datang lagi dan bayar duit tu. Belum sempat aku bagi duit tu hubby n hubby jiran aku sampai.Dia orang keluar ronda tadi. Hubby bwk org tu ke balai. Aku pun ikut.Dengan hubby dia cerita lain pulak.Mula-mula tayar dia satu pecah kat Seremban.Dah tukar tayar dia tidur kat masjid Linggi .Kat masjid Linggi sportream dia empat2 kena curi orang. Pastu sampai sini tayar pecah lagi..eh, lain macam je orang ni.Hubby cakap awak belah je ler dari sini....Cerita dia dah mengarut-garut. Bila orang tu dah pergi, terpikir pulak aku kalau dia betul2 dalam kesusahan macam mana......Kalau terkena kat kalian semua perlu ke dihulurkan pertolongan.
HUJUNG MINGGU YANG SIBUK
Jumaat, 16 September 2011
Sambung petang Sabtu g majlis bertunang & marhaban. Malam Ahad marhaban lagi empat buah rumah. Keletihannya belum2 dah dapat ku bayangkan. Ahad 3.30 ptg lagi marhaban tempat jauh sikit kat kg BAHAP (terkenal dgn banjirnya bila hujan sikit) di Telok Rimba. Sebenarnya kunjungan marhaban ni bukan ler nak menyusahkan tuan rumah dengan menyediakan pelbagai juadah. Tujuannya hanya utk mengeratkan silaturahim..ye ler kalau hari2 biasa kadang2 kita tak berkesempatan nak datang rumah dia orang..........
XTVT MERENDANG
Khamis, 15 September 2011
KENANGAN AIDIL FITRI
Jumaat, 2 September 2011
di halaman rumah pusaka
kakak sulungku
kakak keempat ( KAK KAY)
adek bungsu Mama Miraki
Syukur kami sembilan beradek masih ada lagi semuanya....walaupun masing2 dah berkeluarga, jika ada kesempatan kami semua dapat berjumpa. Moga dipanjangkan umur dan dapat berkumpul lagi di aidil fitri tahun hadapan walaupun bukan di pagi raya. AMINNNNNNNNNNNNNNNN